Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Nak Try Makanan Halal Dari Jepun,Thailand, dan Korea? Jom ke Tori Convenience Mart, Confirm Rambang Mata Dibuatnya!

Nak Try Makanan Halal Dari Jepun,Thailand, dan Korea? Jom ke Tori Convenience Mart, Confirm Rambang Mata Dibuatnya!

Kategori: ,

Baru dirasmikan pada awal bulan ini, Tori Convenience Mart kini menawarkan aneka makanan yang diimport khas dari Jepun, Korea, Thailand dan Indonesia.

Dari snek, makanan segera, hinggalah makanan sedia dimakan, anda pasti teruja dengan variasi produk yang ditawarkan di Tori Convenience Mart!

Bukan itu saja, malah kedai yang dirasmikan pada 6 Jun lepas ini juga menawarkan produk buatan lokal yang berkualiti tinggi dan tak kurang hebatnya berbanding produk import. Jom kita tengok apa yang menarik di sini!

4 Produk Menarik di Tori Convenience Mart, Rugi Tak Cuba!

1. Makanan Sedia Dimakan

Bagi peminat makanan Korea seperti tteokbokki dan oden, jangan lepaskan peluang untuk nikmatinya di Tori Convenience Mart!

Bukan itu saja, malah pelbagai hidangan makanan panas sedia menanti anda seperti ayam goreng, sosej, asam laksa dan mee kari.

Hidangan nasi yang enak dari Me’rona Super Delicious dengan citarasa rakyat Malaysia juga ditawarkan buat pelanggan. Confirm kenyang bila berkunjung ke sini!

2. Ramuan Masakan Jepun dan Korea

Kalau anda jenis yang suka masak sendiri hidangan Korea atau Jepun di rumah, kedai ini turut menjual ramuan halal untuk anda.

Antara ramuan masakan Jepun dan Korea yang anda boleh peroleh di sini adalah Udon, Kimchi, Gochujang, Honey Citron Tea dan Rice Cake. Tak perlulah anda beli secara online lagi lepas ni!

Produk makanan segera tempatan pun ada, nampak menarik untuk dicuba!

Tori Convenience Mart

3. Makanan Segera

Penggemar makanan segera wajib datang ke sini kerana terdapat lebih 50 variasi mee segera dan nasi segera yang anda boleh cuba!

Anda juga pasti teruja dengan seleksi aneka aiskrim yang diimport dari Jepun dan Korea yang ditawarkan! Semuanya nampak sedap-sedap belaka! Snek dari Thailand dan Indonesia pun ada!

Tori Convenience Mart

Tori Convenience Mart

Tori Convenience Mart

3. Aneka Roti

Anda juga boleh dapatkan roti, kek serta donat yang dibakar segar dari Tori Convenience Mart. Yang paling best sekali, pelanggan juga berpeluang untuk dapatkan promosi beli 2 percuma 1 untuk pembelian roti pada pukul 6.00 petang ke atas!

Memang sesuai untuk dipadankan dengan secawan kopi panas yang turut ditawarkan di sini.

Tori convenient mart

4. Daging Wagyu & Produk Sejuk Beku

Bukan saja makanan segera dan makanan panas, malah produk sejuk beku pun ada di sini! Antara pilihan produk yang menanti pelanggan adalah daging wagyu yang diimport khas dari Jepun serta aneka makanan laut premium yang segar.

Tori Convenience Mart

Tori Convenience Mart

Banyaknya pilihan yang ditawarkan di Tori Convenience Mart. Siapa yang suka kedai berkonsepkan seakan CU Mart, Emart24 dan seangkatan dengannya wajib singgah ke sini.

Harga produk yang ditawarkan juga cukup berpatutan. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak rakan dan keluarga anda untuk ke Tori Convenience Mart!

Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Tori Convenience Mart untuk ketahui promosi serta tawaran terkini. Jumpa di sana!

Alamat : No.1-G, Jln Putra 4, Tmn Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi : 8.00 pagi – 10.00 malam

tags: