Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu lagi, terlalu banyak perbezaannya. Jika dahulu, perut terasa lapar kita akan bergegas ke dapur untuk makan atau memasak. Namun zaman sekarang, hanya membuat pesanan melalui telefon dan menanti makanan sampai.
Lambakan khidmat penghantar makanan pastinya ia tidak menjadi masalah untuk kita semua. Apa yang penting adalah mempunyai wang. Tinggal fikir sahaja hendak makan apa dan bayar. Tak perlu keluar rumah, tak perlu bersusah payah untuk beratur dan sebagainya.
Di Malaysia, antara khidmat penghantaran makanan yang cukup terkenal adalah Foodpanda dan GrabFood. Tugas mereka ini kebiasaannya bukan sahaja menghantar makanan semata-mata. Barangan dapur dan pelbagai lagi barangan lain juga turut dihantar.
Namun sebagai manusia yang mempunyai hati budi, janganlah pula kita membuat pesanan yang tidak masuk akal. Beli ai mineral berkotak-kotak contohnya, kerana ia menyusahkan pihak rider ini. Mereka kadangkala hanya menggunakan motosikal sahaja.
Apabila mereka terpaksa berhadapan dengan situasi menerima pesanan yang tak masuk akal, mereka tetap sahaja perlu melakukannya. Namun apabila membawa barangan yang banyak atau terlebih had pasti ada kesan buruknya yang berlaku.
Seperti mana video sedih yang dikongsikan oleh Cekelat Hacks649 menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang abang GrabFood yang terpaksa menerima pesanan untuk menghantar enam plastik ais. Cuba bayangkan? Enam plastik ais yang bersaiz besar hanya dibawa dengan menggunakan motosikal.
Malah lebih teruk dan membuatkan ramai berasa kasihan dan sebak adalah apabila sewaktu ingin meletakkan bungkusan asis yang terakhir tiba-tiba motosikal abang GrabFood berkenaan terbalik.
Sempat menjengah ke ruangan komen untuk mengetahui kisah lebih lanjut memandangkan video tersebut hanya memaparkan setakat motosikal terbalik sahaja. Dan apa yang boleh dikatakan adalah sungguh serta sangat menyedihkan kerana ais yang jatuh itu bertaburan di atas jalan. Dilanggar pula oleh kenderaan yang lalu pada ketika itu.
https://www.tiktok.com/@cekelathacks/video/7109424173503614234?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274
@cekelathacks Terkejut tgk encik grab bawa ais smpai 6 beg..struggle is real..semoga baik2 je..#fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #zyxcba #grabfood #fypシ゚viral ♬ original sound – Cekelat Hacks649
Di ruangan komen kelihatan ramai warga TikTok yang menonton video berkenaan berasa simpati terhadap apa yang dilalui oleh abang ini. Dalam masa yang sama ada juga yang turut mempersoalkan siapa yang membuat pesanan tersebut.
Semoga abang berkenaan diberikan kesabaran dan kekuatan di atas apa yang berlaku. Buat para pengguna aplikasi Foodpanda dan GrabFood di luar sana, tolong letakkan sedikit rasa simpati dalam diri, kasihanilah para rider jika terpaksa menghantar barangan yang besar dan banyak.
Bukan sahaja boleh merisikokan kerosakan barangan anda namun mungkin juga boleh membahayakan nyawa para riders ini. Kalau nak guna barangan untuk majlis atau berniaga, ada baiknya kalau pergi beli sendiri.
Sumber: TikTok Cekelat Hacks649
Baca juga: Kita Bakal Berhadapan Dengan Krisis Makanan? Wanita Ini Kongsi Tips Penuh Prepping Makanan