Biasanya, makan lauk dengan nasi sahaja tanpa sambal menjadikan hidangan itu kurang mantap dan menyengat. Jadi kali ini, kami akan menyediakan satu padanan resepi masakan ayam goreng lada hitam dan sambal totok jawa sebagai resepi perkongsian kali ini.
Walaupun ia mempunyai dua resepi sekaligus, bahan yang digunakan amatlah senang dan mudah. Makan 2 hidangan ni dengan nasi panas-panas, memang boleh buat tambah nasi berkali-kali.
Ayuh kita buat sama-sama dengan mengikut resepi di bawah!
Resipi Ayam Goreng Lada Hitam, Makan Pula Dengan Sambal Totok Jawa, Memang Ngam!
Ayam Goreng Lada Hitam
Bahan-Bahan:
- bawang merah 2 biji
- bawang putih 3 ulas
- isi ayam
- serbuk lada hitam
- tepung jagung sesudu besar (agak-agak basuh dengan air suam)
- tepung bestari (untuk celup ayam)
- sos tiram secukup rasa
- kicap pekat manis secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Untuk serbuk lada, lada hitam biji-biji tu sangai tanpa minyak lepastu boleh blender kasar. Stok lada blend ni memang sentiasa saya buat sebab kadang-kadang teringin nak makan lauk orang dalam pantang.
- Potong dadu isi ayam, gaulkan dengan garam sedikit.
- Lepas tu, celup tepung bestari. Goreng dengan minyak banyak. Agak-agak garing toskan dann letak tepi.
- Guna minyak yang baru, tumiskan bawang putih dan merah.
- Apabila naik bau, masukkan serbuk lada hitam yang diblend tadi.
- Gaul dan masukkan air sebanyak satu cawan kecil.
- Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat manis untuk balancekan rasa.
- Lalu, campurkan dengan tepung jagung yang dah dibancuh tadi dengan air.
- Kacau dan latak geram sedikit. Last, masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul sedikit lepastu tutup api.
- Taburkan daun bawang sebagai sentuhan terakhir.
Jadi, dah siap ayam goreng lada hitam ni, jom buat sambal totok pula!
Sambal Totok Jawa
Bahan-Bahan:
- ikan bilis
- cili padi
- bawang merah
- belacan
- jus limau kasturi
- perisa
Cara Penyediaan:
- Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
- Kemudian goreng pula cili padi, bawang merah dan belacan.
- Masukkan semua bahan yang digoreng tadi ke dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat.
- Perisakan dengan jus limmau kasturi dan perisa. (saya tidak tambahkan garam sebab iikan bilis dan belacan sudah masin).
- Sedia dihidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
Tadaaaa! Dah siap kedua-dua hidangan ni, bolehlah hidangkan bersama dengan nasi panas. Selamat menjamu dan menikmati semua!
Sumber: Fey Leeya & Asma Haniey
Baca juga: Resepi & Tips Bawang Putih Jeruk, Boleh Simpan Sampai 2 Bulan!