Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Nak Hilangkan Watermark Pada Cermin Kereta? Ikuti Cara Viral Di TikTok Ini!

Nak Hilangkan Watermark Pada Cermin Kereta? Ikuti Cara Viral Di TikTok Ini!

Kategori: ,
cara hilangkan watermark cermin kereta

Mempunyai kenderaan pastinya keingin setiap individu yang sudah bekerja. Sama ada mampu atau tidak sahaja yang menjadi persoalannya. Ada juga yang sudah mempunyai kenderaan namun masih lagi ingin memiliki kenderaan yang lebih baik.

Tak mengapa, kerana ianya adalah hak dan keinginan masing-masing. Namun pastikan keinginan tersebut tidak menjerumuskan kita ke dalam kesusahan. Hal tersebut bukanlah kerana mempunyai kereta semata-mata, kita perlu mengambil kira semua benda. Dari bayaran bulanan, servis, cukai jalan, minyak kenderaan dan sebagainya yang berkaitan.

Walaupun pinjaman yang kita mohon diluluskan namun ia tidak bermakna kita boleh menyara kenderaan tersebut dengan baik. Jika hanya memiliki gaji yang cukup-cukup makan sahaja ada baiknya berfikir dahulu sebelum membeli.

Berkenaan dengan kenderaan atau pun kereta, hari ini kita dapat lihat dengan jelas dan nyata bahawa ramai anak muda yang memiliki kenderaan dan membuat solekan pada kenderaan mereka agar kelihatan lebih cantik.

Sanggup menghabiskan beribu-ribu dan berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata untuk kereta mereka kelihatan cantik dan bergaya. Ada juga yang sanggup membeli segala perkakasan dan alat yang mahal untuk memastikan kereta sentiasa berkilat dan tidak kelihatan watermark di cermin kenderaan.

Hilangkan watermark dengan mudah, guna sabun basuh pinggan sahaja!

Namun berkenaan dengan watermark ini, sejak kebelakangan ini viral cara yang mudah untuk menghilangkan watermark. Dengan hanya menggunakan bahan dapur sahaja, cermin kenderaan akan kelihatan berkilat dan tiada langsung kelihatan watermark.

Sukar untuk dipercayai, namun pes pencuci pinggan mangkuk ini mampu menghilangkannya. Tidak kira jenama apa sekalipun, sama ada Axion, Labour, Harimau Kuar dan lain-lain. Hanya sapu dengan menggunakan span lembut kemudian bilas dengan air.

Tidak perlu menunggu lebih lama, hanya dengan beberapa saat sahaja kita sudah dapat melihat kesannya yang cukup hebat dan menakjubkan. Masih tidak percaya? Jom kita ikuti perkongsian video daripada erra_nikyahya di bawah ini.

https://www.tiktok.com/@erra_nikyahya/video/7109310555118144795?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274

@erra_nikyahyaHabislah lepas ni naik harga axion..😂😂♬ DJ Harga Diriku – Bila Kamu Tak Lagi Denganku REMIX – Ika Project

Dekat body kereta tak boleh..

Menjengah ke ruangan komen, pebagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Selain dari ada yang berseloroh supaya tidak membenarkan suaminya mengetahui teknik ini, ramai juga yang menasihatkan agar tidak digunakan cara tersebut pada cat kereta kerana ia boleh merosakkan warnanya.

 

Harga axion dah naik ke belum..

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan menggunakan pes sabun basuh pinggan ini tidak betul-betul hilang. Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat berseloroh menyatakan tidak lama lagi pes sabun basuh pinggan ini bakal naik harga.

Walaubagaimanapun, ianya tidaklah boleh dipercayai seratus peratus. Nak cuba buat pada kenderaan anda tiada masalah, namun pihak Daily Makan tidak bertanggungjawab jika berlaku perkara yang tidak diingini atau tidak menjadi. Kami hanya berkongsikan cara mudah hilangkan watermark ini kepada anda semua setelah ia viral diaplikasi TikTok.

Semoga bermanfaat!

Sumber: TikTok erra_nikyahya

Baca juga: “Kesiannya..”, Abang GrabFood Gigih Bawa 6 Plastik Ais Namun Jatuh Berterabur Buat Ramai Sebak 

tags: | | |