Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Demi Tarik Pekerja Tempatan, Restoran Ini Sanggup Tawarkan iPhone Kepada Staf Selepas 6 Bulan

Demi Tarik Pekerja Tempatan, Restoran Ini Sanggup Tawarkan iPhone Kepada Staf Selepas 6 Bulan

Kategori:

Walaupun negara kita sedang berada dalam fasa peralihan endemik, namun sesetengah pengusaha restoran didapati masih bergelut untuk teruskan operasi.

Seperti yang tular di media sosial baru-baru,  sebuah restoran makanan India terpaksa melakukan keputusan drastik dengan menawarkan sesuatu yang lumayan buat pekerja.

Kanna Curry House Tawar iPhone SE Pada Pekerja

Menerusi iklan yang dimuat naik oleh restoran Kanna Curry House, mereka sedang mencari staf untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pelayan.

Yang membuatkan ramai terkejut adalah tawaran menarik dari restoran ini iaitu iPhone SE percuma kepada staf selepas enam bulan berkhidmat!

Restoran ini juga menawarkan kelebihan lain untuk krew restoran seperti waktu kerja yang lebih pendek dan pelbagai elaun menarik.

Image from Shafwan Zaidon/Malay Mail

Susah Nak Cari Pekerja Tempatan..

Menurut pengurus restoran, mereka sanggup tawarkan iPhone SE dan manfaat lain untuk menarik pekerja tempatan berkhidmat di restoran.

Katanya, restoran ini cukup terkesan akibat pandemik kerana ramai pekerja warga asing dari Nepal, India dan Bangladesh memilih untuk pulang ke negara masing-masing.

“Biasanya pekerja warga asing akan bergilir untuk pulang bercuti ke negara masing-masing. Namun, waktu pandemik ini telah menyukarkan lagi urusan mereka akibat harga tiket yang mahal serta pelbagai isu lain,” jelas pengurus restoran.

Pengurus restoran juga akui sukar untuk tarik perhatian warga Malaysia untuk bekerja di restoran ini.

Oleh sebab itulah, Kanna Curry House kini menawarkan hadiah lumayan kepada pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan jawatan di 7 cawangannya sekitar Lembah Klang.

Pekerja Tempatan

Banyak Manfaat Lain Menanti Pekerja!

Selain iPhone SE, restoran ini juga menawarkan waktu kerja yang lebih pendek iaitu dari  9 pagi hingga 5 malam. Asalnya waktu bekerja di sini ialah dari 8 pagi hingga 8 malam.

Tak hanya itu, restoran Kanna Curry House juga menerima pekerja sambilan bagi yang ingin mencari wang sampingan dengan kadar RM 10 sejam.

 

Memetik sebuah akhbar tempatan, restoran ini juga sudah pun menghadiahkan lima pelayan restoran iPhone SE seperti yang dijanjikan selepas enam bulan berkhidmat.

Ganjaran yang ditawarkan sudah tentu bakal menarik ramai orang untuk mengisi jawatan kekosongan di restoran ini. Jarang-jarang restoran tawarkan hadiah kepada staf!

tags: