Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Senang Tak Payah Kupas, Potong ”- Kawan Tersalah Beli Kentang Nak Masak Kari, Lelaki Ini Hanya Mampu Redha

“Senang Tak Payah Kupas, Potong ”- Kawan Tersalah Beli Kentang Nak Masak Kari, Lelaki Ini Hanya Mampu Redha

Kategori:

Nak memasak di rumah tidaklah terlalu susah. Sekurang-kurangnya kita perlulah kenal bahan-bahan asas seperti rempah dan sayur-sayuran. Namun, ada kalanya kerja memasak di dapur boleh jadi sukar dan melucukan apabila bahan yang disediakan salah!

Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, situasi di dapur seorang pemuda ini bertukar jadi kecoh apabila mendapati rakannya terbeli ramuan yang salah. Boleh terbantut semangat nak masak di dapur.

Berdasarkan perkongsian dari @abangbullart, dia terpaksa redha apabila rakannya terbeli kentang yang salah untuk masak lauk kari.

Ramai netizen yang turut terhibur bila mendapati rakannya terbeli french fries berbanding ubi kentang seperti yang dipesan. Sampai tak terkata si tukang masak dibuatnya!

kentang

Dengan Lelaki Ni Kena Straight To The Point!

Meninjau runagan komen, netizen juga akui sesetengah kaum Adam memang kurang mahir dalam bab barang-barang dapur.

Untuk memastikan rakan si pemuat naik video tak tersalah beli lagi pada masa hadapan, ramai yang mencadangkan pada lelaki ini untuk hantarkan gambar atau berikan penerangan yang lebih jelas.

“Lain kali cakap ubi kentang bang. Dengan orang lelaki ni memang kena straight to the point”, komen salah seorang netizen yang cukup masak dengan gelagat sesetengah lelaki yang kurang mahir dengan bab ini.

Sesetengah netizen wanita juga sempat menyamakan karenah rakan lelaki ini dengan suami dan abang mereka.

kentang

Kentang Ni Baik Goreng Je Cicah Dengan Sos

Akibat dah terbeli bahan yang salah, netizen sempat menyeloroh untuk goreng saja french fries yang telah dibeli. Tak hanya itu, ada juga yang mencadangkan kepada lelaki ini untuk gunakannya sebagai ramuan sambal kentang! Bernas juga idea yang diberikan untuk elakkan pembaziran.

kentang

Biasalah lelaki kalau diminta belikan barang, adakalanya boleh tersilap kerana kurang familiar dengan barangan dapur. Lain yang diminta, lain yang dibelinya.

Untuk elakkan tersalah lagi pada masa akan datang, mungkin kita perlu hantar gambar pada abang ni, barulah tak tersalah.

Pernah tak anda terkena macam ni? Biasanya anda buat macam mana untuk elakkan perkara macam ni berlaku?

Sumber : TikTok @abangbullart

tags: