Pasti ramai dalam kalangan kita yang mengenali sejenis perubatan lama atau pun herba yang dipanggil Manjakani ini? Manjakani merupakan antara bahan herba yang sering dijadikan jamu untuk kesihatan wanita selepas bersalin.
Secara tradisionalnya, Manjakani ini sering digunakan untuk penyembuhan luka dan ia banyak didapati di negara Asia, India dan Greece. Pastinya ramai yang menggelarkan Manjakani ini sebagai buah kan? Sebenarnya ia bukanlah buahan namun ia adalah sejenis keradangan yang terjadi pada pokok oak.
Keradangan tersebut terjadi apabila ada serangga yang dipanggil gall wasp menyuntik telur pada pokok oak tersebut. Akibat dari suntikan itu berlakunya pembengkakkan dan seterusnya telur tersebut akan menetas. Oleh sebab itu, ada kelihatan lubang-lubang kecil pada Manjakani ini.
Herba yang mempunyai warna gelap dan sedikit keras ini mempunyai pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan manusia. Selain bagus untuk penyembuhan luka, ianya juga sangat bagus untuk kesihatan mulut, kesihatan tulang, antikulat, antiradang, antibakteria dan turut bagus untuk mengetatkan faraj.
Namun pastinya masih ramai di luar sana yang tidak mengetahui cara betul makan Manjakani ini. Kerana itu, ada seorang wanita di aplikasi TikTok yang dikenali dengan nama Milamelia berkongsi cara pemakanan tumbuhan ini.
@mila_melia Reply to @syaqila1127 NASI KEPAL BUAH MANJAKANI.#tips #manjakani #clothpads #sharing
@mila_melia Reply to @syaqila1127 NASI KEPAL BUAH MANJAKANI.#tips #manjakani #clothpads #sharing ♬ Laper Laper Ha – Faiha
Mudah sahaja kan cara makan Manjakani yang dikongsikan oleh wanita ini. Walaubagaimanapun, dapatkan nasihat doktor atau pakar terlebih dahulu sebelum ianya dimakan kerana Manjakani ini mempunai kandunga logam berat yang boleh memberikan kesan yang buruk jika diambil secara berpanjangan. Lebih-lebih lagi bagi ibu hamil atau berpantang.
Sumber: TikTok Milamelia
Baca juga: “Kesiannya..”, Abang GrabFood Gigih Bawa 6 Plastik Ais Namun Jatuh Berterabur Buat Ramai Sebak