Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah diumumkan pada hari Khamis lepas telah melihatkan banyak reaksi daripada calon SPM mahupun orang terbanyak. Ada yang mendapat keputusan yang cemerlang dan ada yang sebaliknya.
Tetapi apa yang pasti, setiap keputusan perlu diraikan dengan seadanya. Mahupun keputusan yang diperoleh dianggap kurang cemerlang, itu bukan menjadi alasan untuk tidak menghargai murid tersebut kerana setiap orang mempunyai kegigihan dan kesulitan yang berbeza.
Terbaharu, satu hantaran di Twitter oleh @NurulShima_3 mencuri tumpuan netizen apabila dia berkongsi kisah tentang anaknya memperoleh keputusan SPM yang membanggakannya. Ini kerana, di sebalik anaknya bergelut dengan keadaan hidup sehari-hari, dia masih mampu untuk mendapatkan keputusan yang sebegitu.
Menurutnya, anaknya mempunyai masa dan waktu yang sangat singkat untuk belajar. Ini kerana, apabila pulang dari sekolah, anaknya terus menolongnya menjual nasi bajet demi kelangsungan hidup. Hanya pada waktu malam dia mengulangkaji pelajaran untuk ilmu yang tertinggal.
“Pagi pergi sekolah biasa, balik sekolah tu tolong saya niaga. Malam la baru kejar ilmu apa yang tertinggal. Saya tahu dia struggle, tapi saya tak harap dia dapat A pun. Jadi anak soleh dan baik untuk kami pun dah Alhamdulillah.
“Tapi tadi dapat result, A+ ada tuh. Nangis saya sebab tak jangka pun,” katanya sambil menunjukkan gambar anaknya di hantaran Twitter tersebut.
Pada hantaran lain juga, dia menuliskan hal yang sama tentang rasa bangga dan bersyukur sebagai seorang ibu kerana dikurniakan seorang anak lelaki yang soleh dan baik itu.
“Sesiapa yang biasa datang gerai dan beli nasi bajet, mesti kenal anak Kak Shima ni kan. Hari ni result SPM keluar, jatuh air mata masa makan bila tengok A+ sebab tahu dia banyak struggle.
“I am proud to be a mother,” tulisnya dengan bangga dan rasa penuh syukur.
Sesiapa yang biasa datang gerai dan beli nasi bajet, mesti kenal anak kak shima ni kan 😁.
Hari ni result SPM keluar, jatuh airmata masa makan bila tengok A+ sebab tau dia banyak struggle.
I am proud to be a mother 🥰 pic.twitter.com/I0er1bYAzr
— Nurul Shima (@NurulShima_3) June 16, 2022
Meninjau ruangan komen, ramai netizen turut berbangga dengan perkongsian @NurulSHima_3 tersebut. Menurut netizen, anaknya merupakan insan yang hebat dan mereka mendoakan mereka sentiasa berjaya dunia akhirat.
Mengambil salah satu komen netizen, @zua_al_azmi, dia berkata, “anak yang bijak itu biasa. Anak yang hebat itu luar biasa. Ini kategori anak yang hebat,” tulisnya mengulas kisah keputusan cemerlang SPM berkenaan.
Dalam mendepani dunia sekarang, pencapaian akademik bukannya penentu berjayanya hidup seseorang ataupun tidak. Kita ada banyak manusia-manusia pandai keluar daripada top universiti dalam dunia ini tetapi akhirnya menjadi seorang yang manipulatif dan menindas hak orang lain.
Kejayaan sebenar patut diukur dengan sejauh mana seseorang itu mampu menyumbang kembali kepada masyarakat dan orang sekeliling. Macam adik ni, misalnya. Semoga dia sentiasa berjaya di hari yang mendatang.
Sumber: Nurul Shima
Baca juga: Parking Kereta Sedekat Yang Mungkin Agar Senang Nak Suap Ayah, Ramai Yang Mendoakan Wanita Ini