Dalam era sekarang, ramai anak muda memilih bekerja sebagai penghantar makanan ataupun dipanggil sebagai rider. Ada yang melakukan kerja tersebut sebagai satu pekerjaan tetap dan ada juga sebagai kerja sambilan.
Apa yang pasti, setiap kerja mempunyai kepayahan dan kesulitan tersendiri. Dan sebagai manusia, setiap orang mempunyai matlamat serta prinsip dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Prinsip yang dipegang merupakan teras pegangan mereka dalam mencari rezeki.
Ini juga termasuklah bekerja sebagai rider makanan. Terbaharu, tindakan jujur dan berani seorang rider memegang prinsipnya dalam bekerja mendapat pujian dan kekaguman daripada rata-rata netizen.
Video yang dikongsikan oleh @irfansafw4an_ melalui laman TikToknya menunjukkan dirinya membatal satu pesanan daripada pelanggan Foodpanda. Dia diminta untuk menghantar minuman jenis arak melalui pesanan atas talian tersebut.
Melalui video perkongsian berkenaan, dia berkata rezeki Allah luas dan menyatakan sebab dia menolak pesanan itu kerana dia memegang pegangan dan prinsip sebagai seorang Islam serta mukmin.
“Rasullallah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya dan orang yang meminta bawa kepadanya. Orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang meminta dibelikan untuknya,” jelasnya.
https://www.tiktok.com/@irfansafw4n_/video/7110787000705223962?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@irfansafw4n_ takpa rezeki Allah itu luas 😁 #foodpanda ♬ original sound – masterg530
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan tindakan rider berkenaan. Mereka berpendapat, pesanan arak yang ditolak oleh rider itu merupakan perbuatan yang betul dan tepat.
Mengambil salah satu komen daripada netizen, @kobis-19 berkata jangan risau dengan jaminan rezeki Allah jika perkara yang dilakukan semuanya demi Allah.
“Jangan risau bro Allah jamin rezeki bro. Kalau dah tertulis 10, 10 lah tak akan kurang,” tulisnya dalam ruangan komen.
Selain itu, seorang lagi komen netizen lain @iezad mendoakan rider Foodpanda berkenaan atas respon dan tindakan yang diambil terhadap pesanan arak berkenaan.
“Ya Allah, semoga diberikan Jannatul Firdaus pada hamba Allah yang macam abang. Pandai, sayang abang,” doanya.
Kesimpulannya, setiap orang mempunyai prinsip dalam bekerja dan kehidupan secara keseluruhan. Dalam masyarakat yang mempunyai toleransi yang tinggi, haruslah kita menghormati prinsip dan pegangan orang lain kerana kita hidup bersama.
Walaupun berlainan pegangan, kita akan hidup aman damai jika kita saling memahami dan menghormati pegangan orang lain.
Sumber: @irfansafw4an_
Baca lagi: Rezeki Banjir, Orang Kampung Sauk Durian Dalam Sungai Sampai Penuh Bakul. Ini Ceritanya!