Dalam kita berniaga, pasti ada susah dan senangnya kan? Menjadi seorang peniaga haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi kerana hari tidak selalunya cerah dan mendung akan datang jua bersama hujan.
Dengan itu, sebagai peniaga haruslah sentiasa bersedia dengan apa pun keadaan yang akan menimpa. Justeru, amat bertuahlah untuk orang yang sentiasa ada penyokong dari belakang. Ia amat penting untuk semangat berniaga, lebih-lebih lagi dari segi mental.
Terbaharu, seorang peniaga donut meluahkan rasa sedih melalui perkongsian videonya di laman TikTok. Ini kerana, barang niaga yang disimpan olehnya jatuh serta tumpah secara tiba-tiba dari kabinet dengan kuantiti yang banyak.
Menurutnya, kabinet barang berkenaan jatuh dan roboh kerana menampung berat yang berlebihan. Oleh sebab itu, barang niaganya jatuh berselerakan di atas lantai. Selain mengalami rugi yang banyak, masa mencuci dan tenaga juga perlu digunakan kerana kejadian itu.
Tetapi, mujurlah ada seseorang di belakangnya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Segala penat lelah dan sedih hilang apabila mendapat sokongan dari suami yang tercinta.
Katanya, suami yang dianggap kiriman Tuhan memberikan dorongan untuk terus berniaga walaupun hal yang tidak dijangka sebegitu terjadi.
“Tidak mengapa sayang, nanti abang beli semua yang baru okay. Asalkan awak gembira untuk baking kembali,” tulisnya bagi menggambarkan kata-kata semangat oleh suaminya dalam hantaran tersebut.
https://www.tiktok.com/@sitiazi75/video/7111111801449762075?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@sitiazi75🥺🤌🥰♬ original sound – Meg
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberikan semangat kepada peniaga donut terbabit. Percaya bahawa rezeki Tuhan maha luas.
Mengambil salah seorang komen netizen, @FatinGhani berkata, mungkin rezeki yang lebih besar akan datang kepada peniaga donut terbabit atas kesabaran dan ujian yang telah diberikan oleh Maha Kuasa.
“InsyaAllah, semoga ada rezeki lain nak datang dekat sis,” tulisnya untuk menyokong peniaga donut terbabit dalam ruangan komen.
Oleh itu, marilah kita menyokong peniaga-peniaga kecil berniaga. Bukan senang untuk sentiasa istiqamah dallam perniagaan kan? Mujurlah ada suami kiriman Tuhan. Semoga segala urusan semua dipermudahkan dalam menjalankan perniagaan. Jom support lokal!
Sumber: @sitiazi75