Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ingat Comel Ke?..”, Budak Perempuan Tunjuk Jari Tengah Kepada Peniaga Air, Tapi Ramai Yang Gelak?

“Ingat Comel Ke?..”, Budak Perempuan Tunjuk Jari Tengah Kepada Peniaga Air, Tapi Ramai Yang Gelak?

Kategori:
tunjuk jari tengah

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah kata pepatah yang sering dilontarkan untuk mencorak dan mendidik anak-anak dari kecil. Ini kerana, apabila ia membesar, dia sudah diajar dan dididik dengan adab dan tingkah laku yang baik.

Namun malangnya, ada sesetangah kanak-kanak yang bersikap kurang sopan dalam usia setahun jagung. Ia membuatkan ramai tidak senang dengan hal demikian.

Ada banyak faktor yang boleh dikaitkan terjadinya perilaku ini. Antaranya adalah disebabkan keadaan sekeliling dan persekitaran, ataupun sifat yang tidak cakna oleh keluarga terutamanya ibu bapa.

“Ingat Comel Ke?..”, Budak Perempuan Tunjuk Jari Tengah Kepada Peniaga Air, Tapi Ramai Yang Gelak?

Hal yang sama telah tular di media sosial twitter baru-baru ini di mana video menunjukkan seorang kanak-kanak menunjukkan isyarat lucah ketika berada di hadapan orang ramai.

Video yang diulang siar di Twitter oleh @aaygx diambil dari lama TikTok. Bersama video itu, dia menulis dalam keterangan video yang berbunyi, “anak aku atau anak buah aku macam ni, memang auto tempeleng. Orang tua yang gelak-gelak ingat benda ni comel ke?”, tulisnya dalam ciapan tersebut.

tunjuk jari tengah

Dalam video yang berdurasi 12 saat itu, kanak-kanak tersebut dilihat menunjukkan isyarat lucah kepada seorang peniaga. Apa yang menjadi persoalan dan isu, orang ramai di sekeliling bersorak disusuli dengan gelak tawa ke atas aksi terbabit.

Ini mengakibatkan, budak kecil berkenaan merasa apa yang dilakukannya adalah tindakan yang benar dan betul. Dengan tempoh yang agak lama juga, dia menunjukkan aksi jari tengah kepada peniaga air berkenaan.

tunjuk jari tengah

https://twitter.com/aaygx/status/1538879210604797952?s=20&t=Gcg8j1mXGv3fzupmYQmcJQ

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan gelak tawa daripada orang sekeliling turut menjadi faktor penyumbang budak perempuan berkenaan merasa hal itu adalah yang yang benar. Ia menjadi sebagai satu galakan daripada orang sekeliling.

mengambil salah seorang komen netizen, @syoojjang berkata, “bila orang gelak-gelak, lagi budak tu suka buat. Jangan gelak kalau budak buat salah, nanti dia ingat benda tu bukan satu benda buruk,” tulisnya mengulas isu yang diperdebatkan.

“Orang Gelak Juga Punca Menyokong Aksi Budak Itu”

tunjuk jari tengah

Sebenarnya, isu budak perempuan tunjuk jari tengah ini memang banyak faktor luaran dan dalamannya. Proses pembesaran seseorang sejak dari kecil membentuk peribadi dan tingkah laku mereka.

Faktor persekitaran, pendidikan, kawan sekeliling, masalah keluarga dan apa yang paling besar adalah faktor didikan ibu bapa.

Semoga anak-anak kecil mendapat pendidikan dan didikan yang sebetulnya untuk melahirkan insan yang baik dan sejahtera kepada semua.

Sumber: Ayang 

Baca juga: “Tiada Istilah Melayu Support Melayu, Cina Support Cina..”, Lelaki Ini Buktikan Gerai Makanan Menyatukan Bangsa Malaysia

tags: | | |