Dalam memasak nasi, selepas mencuci beras biasanya menyukat air untuk sukatan beras menjadi hal yang paling kritikal dan utama. Ini kerana, sukatan beras bergantung kepada jenis atau jenama beras yang digunakan.
Di Malaysia ini, sesetengahnya menggunakan beras Siam yang diimport dari sana dan kebanyakan kita juga menggunakan beras Malaysia. Biasanya beras Thailand memerlukan sukatan banyak berbanding sukatan beras Malaysia.
Menyebut hal menyukat beras ini, satu hantaran di Facebook telah tular baru-baru ini kerana ramai yang geli hati melihat gelagat dan usaha 3 orang lelaki dipercayai rakan sekerja menyukat beras menggunakan pembaris.
Melalui hantaran gambar berkenaan, pemilik akaun bernama Azrul Amir Amir bercerita tentang kisah tersebut melalui bentuk dialog sebagai jalan cerita.
Aku: Kita masak rumah je la harini. Malas la nak keluar, aku masak tomyam.
Nik: Kawe goreng telur dadar.
Aku: Sarjan, demo masak nasi.
Beberapa ketika kemudian
Sarjan: COG (aku la tu COG), ajar masak nasi boleh?
Aku Meh sini nak ajar. Mula-mula sukat beras dengan pembaris. Pastu basuh beras kemudian sukat semula. 1 cm beras bersamaan 2cm air.
Sarjan: Berehhh
Begitulah kejadian itu digambarkan melalui dialog tersebut. Selain geli hati dengan cara menyukat berkenaan, ramai netizen kagum dan memmuji kesungguhan mereka saling belajar dan mengajar antara satu sama lain. Bagaikan satu memori dan kenangan bermakna.
Setakat ini, hantaran berkenaan telah memperoleh 1.6 ribu tannda suka, 148 komen orang ramai dan 24 perkongsian.
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang memberi pandangan masing-masing. Semuanya bagaikan memberi pujian dan dorongan untuk mereka belajar. Tidak kurang juga, ada yan memberi komen berunsur jenaka.
Mengambil komen seorang pengguna Facebook lain bernama Fadzila Mohd Din, dia berkata jika dahulu, cara penyukatan beras adalah menggunakan jari. Sekarang, tutup mata pun dah tahu suakatan beras dan air tu betul atau sebaliknya.
“Dik, dulu makcik sukat guna jari. Tapi bila dah jadi warga emas ni makcik kerling sahaja dan tau takat mana airnya. Lepastu jangan lupa selawat dan baca Ya Latif masa basuh beras tu,” komennya sambil mengirimkan selitan nasihat.
Selain itu, netizen lain yang bernama Hani Ramli membalas hantaran itu dengan komen jenaka. Katanya,”gambar second tu kemain buat pemerhatian. Mesti beras beras tu rasa berdebbar diperhatikan begitu,” katanya berseloroh.
Comel betul cara belajar dan mengajar mereka dalam sukat beras ni kan? Pujian patut diberikan kerana kesungguhan mereka membantu antara satu sama lain! Mesti jadi salah satu kenangan terindah buat mereka nanti.
Sumber: Azrul Amir Amir
Baca juga: “Ingat Comel Ke?..”, Budak Perempuan Tunjuk Jari Tengah Kepada Peniaga Air, Tapi Ramai Yang Gelak?