Rusa merupakan haiwan atau binatang yang halal dan boleh dimakan. Daging haiwan ini lebih berharga dan berkualiti jika dibandingkan dengan daging lembu, daging biri-biri, daging ayam dan juga daging babi.
Hal itu disebabkan oleh semasa hayat, haiwan ini tidak diserang oleh parasit. Lebih menakjubkan lagi adalah, daging rusa boleh dimakan mentah.
Mempunyai lebih dari 40 spesis di dunia, daging rusa kebiasaanya mempunyai rasa manis dan warna kecoklatan tertentu. Dagingnya pula padat dan keras jadi disarankan sebelum memasak perapkan dulu dengan beberapa herba atau perasa yang sesuai.
Di Malaysia, terdapat beberapa tempat yang mengusahakan perniagaan daging Rusa ini. Selain menjual yang hidup, menjual daging sahaja, menjual yang dimasak gulai, ada juga pengusaha yang membuka kedai atau restoran steak rusa.
Disebabkan tidak banyak kedai yang menyediakan daging rusa, pastinya ia mendapat sambutan hangat. Namun begitu, apa yang dialami oleh seorang pengusaha steak rusa ini lain pula.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengusaha tersebut (dirahsiakan nama dan kedainya) melalui aplikasi TikTok berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan kini tidak dapat berjalan lancar seperti sebelum ini.
Jika sebelum ini, pada hari cuti, berduyun-duyun pelanggan yang datang ke kedainya bagi menikmati dan merasai sendiri keenakan daging rusa namun kini lain ceritanya. Sudah hampir 2 bulan tiada pelanggan, kini pengusaha tersebut terpaksa menjual rusa di dalam kandang.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat dengan jelas hanya meja dan kerusi kosong yang kelihatan. Tiada langsung bentuk tubuh manusia yang dapat dilihat walaupun seorang.
Tidak tahu apa yang terjadi, sama ada makanan yang disediakan tidak memuaskan hati pelanggan atau pun servis yang diberikan kepada pelanggan kurang disukai ramai. Hanya pelanggan yang pernah ke sana sahaja mengetahui apa sebabnya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan.
Ada yang bercerita, mereka pernah pergi ke kedai berkenaan namun disebabkan tidak membuat tempahan terlebih dahulu, mereka tidak dapat menjamu selera di situ. Malah untuk tapau pun tidak dapat.
Malah ada juga yang meluahkan, datang dari jauh namun pemilik berkenaan langsung tidak bagi muka kepada pelanggan yang walk in kerana lebih utamakan yang booking. Disebabkan hal itu, hanya sekali itu sahaja dia menjejakkan kaki di situ.
Nampaknya apa yang ditinggalkan oleh para netizen di ruangan komen hampir sama sahaja sebabnya, iaitu pelanggan yang tidak membuat tempahan tidak dapat peluang untuk merasai Steak Rusa tersebut.
Tiada apa yang boleh dikatakan, mungkin pihak pengusaha restoran berkenaan terima komen dari warganet ini. Bukan seorang dua yang komen sedemikian rupa, malah ramai. Semoga pihak restoran mengambil tindakan yang sewajarnya dan selamat maju jaya.
Baca juga: Hampir 10 Minit Beratur, Tiba-Tiba Ada Akak Polis Datang Potong Q Buat Wanita Ini Bengang