Musim durian kini dah tiba. Bagi para penggemar durian pastinya inilah saat-saat yang paling dinantikan. Dapat makan durian setiap masa bersama dengan keluarga dan kawan-kawan, heaven sangat rasanya.
Selain dibeli dari kebun kebanyakan dari kita akan membeli di tepi jalan atau mana-mana sahaja kedai yang menjual raja buah ini.
Namun tidak bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan kebun buah berduri ini, kerana kebiasaannya mereka yang tinggal berhampiran dengan kebun akan membeli sendiri buah ini dari kebun. Mungkin kerana harganya lebih murah dan senang untuk membuat pilihan.
Bab makan buah durian ramai yang boleh namun bab mengopeknya pasti tidak ramai. Untuk mengopek buah ini bukanlah sesuatu yang mudah dan bukannya juga sesuatu yang susah. Hanya perlu tahu urat serta teknik yang betul.
Para wanita selalunya gagal dan mengopek buah durian kerana kadangkala ia memerlukan tenaga dan keberanian. Walaupun begitu, masih ada wanita yang berani dan fasih dalam mengopek durian ini.
Seperti mana video yang dikongsikan oleh Qaseh Arebell, menerusi aplikasi TikTok berkenaan caranya yang mengopek buah durian dengan begitu pantas sekali.
Kejadian yang berlaku di sebuah kedai durian itu menunjukkan Qaseh yang tanpa rasa kekok sedikit pun mengopek sebiji durian sambil meletakkan di atas pehanya. Tangan kanannya memegang pisau manakala tangan kirinya yang bersarung tangan memegang buah berkenaan.
Ekoran kepantasan dan kepandaian wanita ini dalam mengopek durian dan langsung tidak kelihatan kekoknya, peniaga kedai berkenaan hanya memerhati sahaja wanita ini. Mungkin terpana seketika.
Berpakaian cantik dan wajah pun tidak kurangnya namun dapat mengopek raja buah tersebut dengan baik sekali. Hanya sekelip mata buah berkenaan sudah siap dikopek dan nyatanya ia juga turut membuatkan orang ramai terkedu dan tercengang.
@qasabell00 Tercengang budak2 ni nengok aku kopek sndiri. Hahahha jngn risau peha tu kejap je sakit. Hehe. Salam kenal dari kakak jual duyan 😜🤙🏻 #efwaipi #esekeli #Fyp #hakakdurian
@qasabell00 Tercengang budak2 ni nengok aku kopek sndiri. Hahahha jngn risau peha tu kejap je sakit. Hehe. Salam kenal dari kakak jual duyan 😜🤙🏻 #efwaipi #esekeli #Fyp #hakakdurian ♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Ada yang berseloroh, macam ni baru ngam minta hantaran lima angka. Kalau yang lain, nak kupas bawang pun terpaksa pakai topeng.
Dalam masa yang sama ada juga yang meninggalkan komen menyatakan peniaga pun perhati je. Mungkin kepantasan Qaseh dalam mengopek durian jarang ditemui.
Melihat komen di sisi lain, mungkin Qaseh ini sudah terbiasa mengopek durian atau pun dia seorang penjual. Kalau orang biasa, tidak mungkin sefasih itu caranya. Walaubagaimanapun, tahniah kami ucapkan kepada wanita ini kerana kepantasan anda dalam mengopek raja buah ini membuatkan kami berasa kagum.
Sumber: Qaseh Arebell