Lambakan kedai makan atau restoran hari ini bak cendawan tumbuh selepas hujan kadangkala menyebabkan ramai dalam kalangan kita yang berasa buntu. Makan di situ sedap, makan di sini sedap sehingga akhirnya tidak tahu mana satu kedai yang harus dikunjungi.
Walaupun begitu, pastinya kita akan memilih kedai yang menyediakan servis yang terbaik dan makanan yang sedap. Tempat haruslah selesa dan harganya juga harus berpatutan. Biasalah keadaan masyarakat kita pada hari ini membuatkan mereka terpaksa berjimat cermat.
Namun ada juga yang tidak mengendahkan soal harga dan layanan pekerja kepada pelanggan selain dari makanan yang disediakan sedap. Kerana bagi mereka pergi ke kedai tersebut hanya untuk makan dan pulang.
Tetapi dalam soal melayan pelanggan atau berniaga, istilah muka masam mencuka tidak sewajarnya ada. Hal sebegini sepatutnya dielakkan kerana ia boleh membawa kerugian kepada perniagaan kita.
Mungkin ada yang tidak kisah akan hal tersebut namun sebenarnya ramai yang kisah. Lebih-lebih lagi apabila makanan yang dipesan lain, dihantar pula lain. Lebih teruk lagi kalau layanan yang diberikan oleh pekerja atau pelayan sangat buruk.
Seperti mana yang sempat diluahkan oleh Myaa Yusoff menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan layanan pekerja di sebuah restoran yang terletak di Terengganu cukup membuatkan dirinya berasa marah.
Restoran tersebut memang agak terkenal di mana-mana negeri. Di negeri Terengganu sendiri mempunyai banyak cawangan. Namun terbaharu, Myaa bersama rakan-rakannya sempat mengunjungi salah satu daripada cawangan restoran berkenaan.
Ketika sampai di restoran berkenaan, Myaa sempat memesan 3 set nasi dan membuat permintaan tidak mahu bahagian lain selain dari peha ayam. Namun yang sampai hanyalah 2 set ayam dada.
Tanpa memberitahu tiada ayam bahagian peha dan tidak mengendahkan Myaa untuk membatalkan pesanan tersebut, salah seorang pekerja lain restoran berkenaan datang kembali menghantar ayam bahagian sayap.
Malah lebih teruk lagi adalah pekerja tersebut bertindak kasar, menghempaskan ayam bahagian sayap begitu sahaja di atas meja makan mereka. Manakala air yang dipesan juga tidak sampai walaupun ianya berharga RM0.10.
https://www.tiktok.com/@myaayusoff/video/7111951726919290138?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274
@myaayusoff Service mcm tahi 💩#ayampenyetktcc #ktccmall ♬ original sound – ki
Menjengah ke ruangan komen, Myaa sempat juga bercerita lebih terperinci mengenai kejadian tersebut. Di samping itu, ramai juga penonton yang meninggalkan pelbagai reaksi dan pendapat.
Selain ada yang memberitahu pernah mengalami kejadian yang hampir sama dan pernah terkena di tempat yang sama, Terengganu Amazing juga turut meninggalkan komen meminta rakyat Terengganu lebih menjaga adab memandangkan sejak kebelakangan ini ramai yang sudah mengadu.
Semoga rakyat Terengganu dan pihak peniaga atau pihak pengurusan restoran mengambil tindakan yang sewajarnya. Layanlah pelanggan korang dengan baik, sekali mereka dilayan dengan baik pasti berkali-kali diaorang akan mengunjungi kedai korang.
Sumber: Myaa Yusoff
Baca juga: “Kalah Pinggan Kucing..”, Pinggan Nasi Goreng Yang Dipesan Berdaki Hitam Buat Ramai Hairan