Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Sekali Tanam Boleh Tahan 20 Tahun, Ini Cara Betul Tanam Asparagus Dari Biji Benih

Sekali Tanam Boleh Tahan 20 Tahun, Ini Cara Betul Tanam Asparagus Dari Biji Benih

Kategori: ,
cara tanam asparagus

Asparagus merupakan salah satu sayuran yang sangat bagus untuk kesihatan manusia. Asparagus ini adalah seperti akar yang separuh keras dan berbatal kecil yang tumbuh di daerah timur Mediterranean. Selain itu, ia juga tumbuh di negara Eropah, Utara Afrika, dan juga barat Asia.

Manakala di Malaysia, ia banyak ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland dan kundasang. Oleh sebab itu, ramai yang menganggap ianya boleh ditanam di tempat yang sejuk dan tanah tinggi sahaja.

Namun sebenarnya Asparagus ini boleh sahaja ditanam oleh kita sendiri walaupun kita tidak tinggal di kawasan tanah tinggi. Hal tersebut telah dibuktikan oleh Faridah Rahman menerusi group Berkebun D Rumah.

Malah menurut Faridah, sekali ditanam ia boleh bertahan selama 20 tahun. Nak tahu cara tanam Asparagus ini? Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Cara Tanam Asparagus Yang Mudah

  1. Rendam biji benih semalaman dengan beberapa biji bawang merah.
  2. Sediakan tray dengan media campuran tanah hitam dan peatmoss (sabut cincang). 
  3. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Siram dan tutup dengan plastik hitam. Letakkan di tempat teduh.
  4. Selepas 2 hari, buka plastik hitam dan biarkan di tempat teduh. Biji benih asparagus ambil masa 2 -5 minggu untuk bercambah. Jadi kena sabarlah ya.
  5. Bila dah tumbuh 3- 4 batang bolehlah pindahkan ke pasu kecil.
  6. Selepas 3- 4 bulan, agak-agak pokok dah stabil bolehlah pindahkan ke pasu besar atau kawasan yang lebih luas.
  7. Siraman dilakukan 2 kali sehari.

Makluman seterusnya ada di setiap gambar. 

  • Asparagus ni ada jantan dan betina.Yang jantan spearsnya lebih besar dibandingkan dgn yg betina. Yg betina kecil tapi mengeluarkan bunga dan buah untuk dijadikan benih.

  • Asparagus yang ditanam dalam raised beds. Media tanah hitam dan cocopeat (sabut cincang).

  • Yang ni dah lebih dari setahun tapi hasilnya masih tidak memuaskan.

  • Crown yang besar dah boleh dipisahkan untuk dibiakkan.

  • Pokok betina yg mula berbuah. Kena tunggu berwarna merah baru boleh dipetik untuk dijadikan biji benih.

  • Antara baja yang digunakan. Yang hitam tu baja kopi.

Mudah sahaja kan nak tanam Asparagus ni? Jadi anda semua pun boleh tanam sendiri dekat rumah anda, kalau takde tempat yang luas pun tak mengapa. Tanam sahaja di kawasan rumah anda tu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Faridah Rahman

Baca juga: Kusyen Kereta Korang Ada Peta Dunia? Jom Guna Bahan Dapur Ini, Modal RM15 Je!

tags: |