Pembukaan restoran oleh chef bersuara lantang dari UK, Gordon Ramsay jadi bualan hangat netizen sejak ia mula dibuka kira-kira pertengahan bulan ini.
Restoran bertaraf tiga bintang yang terletak di Sunway Resort ini juga merupakan restoran pertama milik beliau di Asia yang berkonsepkan Bar & Grill.
Sesuai dengan konsep yang dibawakan, setakat ini restoran milik Gordon Ramsay ini hanya menawarkan makan malam dan hidangan minuman cocktail.
Menu yang sering dinanti-nantikan peminat chef ini iaitu Classic Beef Wellington turut ditawarkan. Di samping itu, restoran ini juga bawakan beberapa menu signature dari Chef bertaraf Michelin ini iaitu Spiced Beef Tartare with Egg Yolk Confit dan Arnold Bennett Twice-baked Cheese Soufflé with Mornay Sauce.
Restoran yang boleh menempatkan sehingga 150 orang dalam satu masa ini juga dilengkapi dengan bar koktel dan ruang peribadi untuk pelanggan yang inginkan privasi bersama rakan dan keluarga.
Membawakan pengalaman fine dining dengan suasana restoran yang cukup elegan dan mewah, ramai yang sudah boleh agak harga hidangan yang ditawarkan oleh chef popular ini.
Namun, ramai yang tak sangka ada harga minimum yang ditetapkan oleh pihak restoran untuk pelanggan yang ingin buat tempahan.
Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Mohd Nashriq telah memuatnaik syarat yang cukup mengejutkan.
Rupanya, pelanggan perlu berbelanja minimum sebanyak RM 8,000 untuk nikmati Mayfair Private Dining di restoran ini.
Tak hanya itu, pelanggan juga perlu bayar wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM 4,000 untuk menempah!
Jelas netizen ini, meskipun harga yang ditetapkan sangat mahal, namun ramai yang masih mampu untuk buat tempahan! Nampaknya, restoran Gordon Ramsay mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan rakyat Malaysia.
Menurut warganet lain, harga yang ditetapkan bukanlah perkara yang mengejutkan memandangkan ia merupakan tempahan bagi Private Dining. Barangkali untuk tempahan makan di tempat terbuka tidak semahal ini.
Apa pula pendapat anda? Sanggupkah anda berbelanja ribuan ringgit untuk merasa hidangan ekslusif dari Chef Gordon Ramsay?
Sumber : Twitter @naashriq