Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Memang Patut Tulis Macam Tu..”, Netizen Sokong Pelanggan Foodpanda Buat Pesanan Macam ‘Karangan’, Sebabnya..

“Memang Patut Tulis Macam Tu..”, Netizen Sokong Pelanggan Foodpanda Buat Pesanan Macam ‘Karangan’, Sebabnya..

Kategori:
pesanan macam 'karangan'

Dalam zaman yang sentiasa sibuk dengan tugasan yang tiada penghujungnya, aplikasi Foodpanda atau Grabfood memang memudahkan kita. Servis atas talian ini memang menyenangkan orang ramai untuk memesan makanan pada bila-bila masa serta di mana jua.

Melalui pesanan yang dipesan, pelanggan boleh memberi pesanan tambahan ataupun arahan yang spesifikasi untuk kedai atau peniaga tersebut menyediakan makanan yang dipesan. Tetapi, dengan arahan yang terhad, mungkin akan berlaku salah faham antara pelanggan dan peniaga.

Jadi, ada di antara pelanggan yang membuat pesanan tambahan dengan terperinci serta ‘mendalam’.

“Memang Patut Tulis Macam Tu..”, Netizen Sokong Pelanggan Foodpanda Buat Pesanan Macam ‘Karangan’, Sebabnya..

Terbaharu, seorang rider Foodpanda telah mengongsikan satu pesanan yang diterima oleh pelanggannya melalu satu video di akaun TikToknya. Pesanan itu mengejutkan dirinya apabila salah satu pesanan makanan nasi goreng pattaya ditulis dengan arahan yang panjang berjela.

pesanan macam 'karangan'

Pelanggan telah meminta tukang masak untuk menyediakan nasi goreng pattaya tanpa sayur dengan pengulangan arahan bertulis “xnak sayur!”, yang panjang seperti ‘karangan’ seperti di dalam gambar di bawah.

Mungkin pelanggan tersebut memang anti sayur dan pernah mendapat pengalaman mebuat permintaan tiada sayur kepada kedai yang dipesan melalui Foodpanda tetapi apa yang dapat adalah yang sebaliknya.

@faizghazali2449 Aduhhh Macam2 Aih 😂. #foodpanda #fypシ #fyp #foodpandamalaysia #xyzbca ♬ original sound – Bubih

Meninjau ruangan komen netizen, rata-rata netizen menyokong pelanggan yang membuat arahan dalam bentuk ‘karangan’ terbabit. Kata mereka, kebanyakan antara mereka mempunyai pengalaman yang teruk dan sama apabila tukang masak tidak menuruti kehendak pelanggan walaupun mereka sudah menulis nota atau arahan tambahan yang disuruh.

Mengambil salah satu komen netizen, @syam berkata, “dah tulis tak nak sayur tapi dapat-dapat penih sayur. Memang macam ni lah jadinya. Hidup geng tak makan sayur,” tulisnya menyokong pelanggan terbabit.

Selain itu, seorang lagi pengguna TikTok lain bernama @NickAyie berpendapat hal yang sama. Katanya, apabila pelanggan menulis macam ‘karangan’ untuk arahan tambahan, barulah kedai tersebut menuruti permintaan daripada pelanggan.

“Aku pun perangai macam tu. Sebab ada kedai makan kalau kita tulis satu ayat pun buat tak endah. Tulis ayat banyak-banyak baru ikut apa yang kita nak,” jelasnya dalam ruangan komen.

“Pelanggan Tulis Macam Ni Kerana Ada Sebab”

pesanan macam 'karangan'

Jelaslah, pesanan macam ‘karangan’ serta rungutan daripada banyak pelanggan ini memang harus diambil perhatian untuk mana-mana kedai yang menerima pesanan tambahan. Mungkin ada di antara yang memesan makanan spesifik seperti ‘taknak pedas’ kerana ingin memberi anak kecil makan, misalnya.

Semoga semuanya dipermudahkan untuk kedua-dua pihak! Kepada pelanggan, mahupun peniaga!

Sumber: Faiz Ghazali

Baca juga: Wanita Kesal Pesan Lala Masak Merah Melalui Foodpanda, Tapi Terkejut Bila Dapat..

tags: | | |