Nak sambut Hari Jadi dalam masa terdekat ni? Inilah peluang anda untuk tebus ganjaran Hari Jadi daripada 14 restoran dan kedai kegemaran anda. Jom kita tengok apa yang menarik untuk ditebus sempena Hari Jadi!
Sempena Hari Jadi, Baskin Robbins nak belanja anda aiskrim percuma yang anda gemari! Jangan lupa untuk daftar sebagai ahli Club 31 menerusi BR Apps. Bukan setakat ais krim percuma, malah pelbagai diskaun menarik menanti anda!
Untuk dapatkan 1 Petitllao percuma, anda perlu muat turun myllaollaoclub. Ganjaran Hari Jadi akan muncul seminggu sebelum Hari Jadi.
Jangan berlengah untuk redeem tau, sebab tawaran ini sah 2 hari sahaja daripada tarikh Hari Jadi anda. Kalau nak tambah sauce, anda perlu bayar RM 2.50 saja!
Antara ganjaran yang paling ramai suka tebus sempena Hari Jadi adalah kek percuma daripada Starbucks! Jangan lupa untuk dapatkan ganjaran ini menerusi aplikasi Starbucks Malaysia.
Untuk dapatkan Sofuto percuma daripada FamilyMart sempena Hari Jadi, pergi ke cawangan FamilyMart terdekat. Anda hanya perlu tunjukkan Birthday Rewards yang akan ditambah secara automatik pada bulan Hari Jadi anda.
Anda boleh tebus 1 lagi kek percuma sempena Hari Jadi anda di ZUS Coffee. Cara untuk dapatkan ganjaran ini adalah dengan muat turun aplikasi ZUS Coffee. Kemudian, anda perlu add to cart mana-mana minuman untuk dapatkan kek percuma. Tawaran ini sah sepanjang bulan Hari Jadi anda. Jom tebus kek percuma dari Zus!
Untuk penggemar Tealive, memang rugi kalau anda tak muat turun aplikasi mereka. Bukan saja dapat ganjaran Beli 1 Percuma 1, malah anda juga bakal nikmati minuman percuma sempena Hari Jadi anda!
Nak nikmati buffet secara percuma di Seoul Garden pada Hari Jadi anda? Datanglah bersama 3 ahli keluarga atau rakan ke mana-mana cawangan Seoul Garden untuk tebus tawaran ini!
*Tawaran sah untuk pembelian buffet bagi 3 orang dewasa sahaja.
Ada satu lagi bubble tea yang anda boleh tebus secara percuma sempena Hari Jadi anda! Jangan lepaskan peluang untuk jadi ahli Royalty di Gong Cha dan dapatkan baucer minuman percuma bernilai sehingga RM 8.50! Ganjaran ini akan diberikan kepada anda pada bulan Hari Jadi, jadi jangan lupa untuk tebus!
Seriuslah boleh dapat 2-pc Combo percuma dari KFC? Untuk tebus ganjaran ini, anda hanya perlu muat turun aplikasi KFC Malaysia dan tawaran menarik ini sempena Hari Jadi anda!
Ceriakan Hari Jadi anda dengan ganjaran produk terpilih secara percuma sempena Hari Jadi anda. Bagi anda yang menyambut Hari Jadi pada bulan ini, myNews bakal berikan anda Onigiri percuma! Selain itu, pelbagai ganjaran diskaun menanti anda dalam aplikasi MyNews.
Dapatkan minuman percuma pada Hari Jadi anda dan rebat istimewa sepanjang bulan yang sama. Tawaran ini hanya sah pada tarikh Hari Jadi anda saja, tau. Jadi, jangan lupa singgah ke Juice Works untuk tebus ganjaran ini.
Wah, ni dah temasuk kek percuma ketiga yang anda boleh dapatkan sempena Hari Jadi! Kali ini, The Coffee Bean & Tea Leaf pula nak tawarkan anda kek percuma. Untuk tebus ganjaran ini, anda hanya perlu beli mana-mana handcrafted beverages.
Kalau tak nak kek percuma, anda juga boleh tebus 20% diskaun daripada bil (kecuali aksesori, mesin kopi, kapsil serta produk pihak ketiga)
Buat peminat tegar Sushi King, jangan lupa untuk daftar sebagai ahli untuk dapatkan ganjaran Hari Jadi ekslusif iaitu 200 Smile Points (bersamaan RM 10) dan pencuci mulut percuma! Jadi, tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Sushi King My hari ini!
Bagi anda yang sukakan jus yang segar, enak dan berkhasiat, jangan lupa untuk daftar sebagai ahli CLUB Boost Juice!
Ada ganjaran smoothie atau jus percuma sempena Hari Jadi menanti anda! Untuk tebus tawaran ini, singgahlah ke cawangan Boost anda pada Hari Jadi anda. Kalau nak datang satu atau dua hari sebelum atau selepas Hari Jadi pun boleh.
Banyaknya ganjaran Hari Jadi yang menanti anda! Sebelum menebus, jangan lupa baca terma dan syarat, ya.
Seperkara lagi, sesetengah kedai menawarkan ganjaran ini pada tarikh Hari Jadi, manakala tawaran lain sah sepanjang bulan yang sama. Jadi, anda kenalah semak betul-betul sebelum menebus. Jom tebus ganjaran menarik ni!