Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » “Nasi, Ayam, Telur Tak Habis? Jangan Buang..” Wanita Ini Kongsi Tips Jimat Sebab Harga Bahan Mentah Naik

“Nasi, Ayam, Telur Tak Habis? Jangan Buang..” Wanita Ini Kongsi Tips Jimat Sebab Harga Bahan Mentah Naik

Kategori: ,
kongsi tips jimat

Dalam menempuh kehidupan semasa ekonomi terumbang-ambing ini, pasti ramai antara kita memikirkan berapa banyak belanja dan wang yang harus dikeluarkan untuk mengisi perut sendiri dan keluarga.

Ini kerana, kos perbelanjaan akan menjadi berlipat kali ganda dari kos biasa sehari-hari. Harga bahan mentah seperti ayam dan daging dijangka akan lebih meningkat kerana dimansuh subsidinya bermula 1 Julai.

Oleh itu, ramai yang sedang mengambil langkah berjimat-cermat untuk hari hadapan. Seorang wanita bernama Adawiyah Abdul rahman berkongsi tips bersulam nasihat untuk kita turuti bersama. Perkongsian yang dibuat di laman facebook itu mendapat 12 ribu tanda suka dan 692 komen netizen setakat ini.

Nampak kecil, tetapi impaknya sungguh besar dan bermakna.

“Nasi, Ayam, Telur Tak Habis? Jangan Buang..” Wanita Ini Kongsi Tips Jimat Sebab Harga Bahan Mentah Naik

Ini tips dan pesannanya:

  • Nasi tak ahbis jangan buang, masuk peti, esoknya boleh goreng.
  • Ayam goreng, ikan goreng tak habis simpan, nanti boleh racik-racik dalam sayur goreng, nasi goreng atau bihun goreng.
  • Ingat! ayam dah mahal, ikan pun sama.
  • Telur dadar tak habis pun simpan, masuk peti ais. Sama kaedahnya macam ayam goreng tak habis tadi.
  • Ingat! Telur pun dah mahal juga!
  • Lauk sardin tak habis jangan buang, esoknya boleh masak nasi goreng sardin. Sedap…
  • Ingat, sardin pun dah jadi barang kayangan sekarang!
  • Sup ayam, gulai daging, gulai ikan tak habis simpan dalam peti. Esok lusa terdesak boleh panaskan selagi masih elok.

Tambahnya lagi, ingat, jangan buang makanan. Makan selagi elok. Zaman sekarang serba serbi mahal. Duit makin susah nak dapat, barang makin lama makiin mahal. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Selain itu, meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen juga berkongsi tips jimat yang lain. Misalnya, seorang netizen bernama Uwais Redland berkata, dia jug amengamalkan tips jimat dengan makanan yang tidak habis. Sayang jika buang, baik manfaatkannya.

“Walaupun ayam masa merah tinggal kuah sahaja, saya tak buang kuah tu. Simpan dalam freezer, pagi esok guna kuah tu untuk goreng mee atau nasi. Sayang sebab ada bawang-bawang lagi dalam kuah tu. Biasanya jiran yang bagi lauk ayam masak merah buluh bawang holland yang dipotong.

“Kalau mak saya masak dia kisar semuah bahan-bahan tu. Sebab tak nak membazir bawang. Kalau bubuh bawang potong mesti ada yang tak makan bawang lepas tu buang macam tu je,” jelasnya dalam ruangan komen.

Jadi, marilah kita berjimat-cermat selagai mana mampu. Boleh lah kongsi tips jimat ini kepada kenalan. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita semua.

Sumber: Adawiyah Abdul rahman

Baca juga: Wanita Ini Pelik Gigit Roti Canai Tak Lumat, Sangkakan Daging, Rupanya Tali Mop Lantai..

tags: | |