Bila sebut tentang kopi yang sedap dan berkualiti, Starbucks pasti jadi jenama pertama yang terlintas di fikiran. Disebabkan strategi pemasaran serta tawaran menu yang cukup menarik, memang tak dinafikan Starbucks kekal menjadi pilihan ramai penggemar kopi.
Namun, bagi yang nak cuba kopi serta hidangan berkualiti dengan harga yang lebih berpatutan, apa kata anda ubah angin dan berkunjung ke The Coffee Bean & Tea Leaf.
Mungkin disebabkan oleh kurangnya hype di kalangan warganet, jenama ini tidak begitu menyerlah seperti Starbucks.
Seperti yang dikongsikan oleh Faizal Hamssin di Twitter, ada banyak sebab kenapa The Coffee Bean & Tea Leaf setanding dengan Starbucks.
Ramai warganet yang cukup gemarkan kopi di The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) kerana penggunaan kopi yang berkualiti tinggi dengan tawaran harga yang berpatutan.
Yang menariknya tentang CBTL ini, mereka juga akan tawarkan seduhan biiji kopi istimewa mengikut musim.
Seperti yang ditawarkan baru-baru ini, CBTL ingin mengajak anda untuk cuba kopi yang diimport khas daripada Tanzania menerusi rangkaian Gibraltar Beverages.
Jika anda semak sendiri harga yang ditawarkan, anda pasti takkan jumpa harga minuman yang melebihi RM 20. Kalau dibandingkan dengan Starbucks, harga kopi di sini mungkin RM 3 hingga RM 4 lebih murah.
Bukan setakat murah, anda juga pasti terkejut dengan rasa minumannya yang setanding Starbucks. Bagi yang pertama kali nak cuba CBTL, kami syorkan anda untuk pesan minuman berikut :
Seperti Starbucks, CBTL juga memberi peluang kepada pelanggan untuk customize minuman ikut citarasa masing-masing. Di sinilah anda boleh jadi lebih kreatif untuk cipta minuman yang sesuai dengan anda. Barulah kena dengan tekak!
Untuk anda yang ingin lari seketika daripada kesibukan rutin harian, CBTL adalah lokasi yang paling sesuai untuk anda nikmati Me Time.
Dengan persekitaran yang selesa serta wifi percuma yang laju, The Cofee Bean & Tea Leaf adalah tempat yang sesuai untuk anda luangkan masa sendirian untuk siapkan kerja atau sekadar melapangkan minda.
Perkhidmatan yang mesra oleh staf CBTL juga pasti akan buatkan anda kembali lagi ke sini.
Selain minuman, kek yang ditawarkan di sini juga tak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Starbucks. Anda pasti jatuh cinta dengan pilihan keknya yang teramatlah sedap. Untuk yang pertama kali nak cuba, kami cadangkan anda untuk pesan :
Khas untuk ahli CBTL, anda juga berpeluang untuk dapatkan kek percuma sempena Hari Jadi! Jangan lupa untuk muat turun aplikasi mereka!
Bukan senang tau untuk perniagaan F&B dapatkan pengiktirafan Halal daripada JAKIM! Bukan setakat memberi peluang kepada jenama CBTL untuk melebarkan sayap perniagaan mereka, malah anda juga tak perlu ragu lagi untuk nikmati makanan dan minuman yang enak di sini.
Jangan tak tahu, CBTL juga menawarkan sehingga 20 jenis teh yang cukup unik untuk anda cuba. Kalau anda suka minum teh, cubalah Lemon Chamomile, Matcha, Vanilla Ceylon dan Moroccan Mint yang sering jadi rebutan di sini!
Selain kek, anda wajib cuba aneka hidangan yang lazat dan mengenyangkan di The Coffee Bean & Tea Leaf!
Antara menu yang anda wajib cuba adalah Eggs Benedict, variasi Bagel serta Margherita Pizza yang lain daripada yang lain. Bukan itu saja, malah hidangan lain pasta, sandwic, aneka pastri serta salad pun ada!
Bila anda cuba lepak dan nikmati sendiri minuman dan makanan di sini, barulah anda faham kenapa The Coffee Bean & Tea Leaf ada penggemarnya tersendiri.
Namun, semuanya berbalik kepada citarasa masing-masing. Tapi, kalau anda nak cuba sesuatu yang baru dan confirm takkan menyesal, singgahlah ke The Coffee Bean & Tea Leaf berdekatan anda.
Kami yakin selepas anda cuba sendiri, anda akan jadikan CBTL sebagai tempat lepak kegemaran untuk mengopi sendiri atau bersama kawan dan keluarga. Jom ke CBTL hari ni!
Sumber : Twitter @faizalhamssin, Penang Foodie