Sushi adalah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun sehingga tersebar luas ke seluruh dunia. Secara umumnya, sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur.
Inti tersebut boleh disediakan mentah, dimasak atau diperam. Selain itu jika di Malaysia, sushi yang diolah mengikut tekak orang ramai memang banyak dijual di pasar malam dan di tepi-tepi jalan dengan harga murah.
Menceritakan perihal sushi, isu ini menjadi buah mulut di laman Twitter apabila ada satu hantaran mengkritik tentang rasa dan kualiti sushi pasar malam yang dijual dengan harga yang murah. Ia dibincangkan melalui satu trend unpopular opinion yang digunakan netizen untuk mengutarakan pendapat yang jarang disebut menjadi hangat baru-baru ini.
Ini kerana, seorang pengguna Twitter bernama Mimi Asmara meyatakan unpopular opinion berkenaan sushi pasar malam tersebut. Dia mengkritik sushi pasar malam berkenaan dari segi kebersihan dan rasa yang dianggapnya teruk dengan harga jualan seketul seringgit.
“Sushi pasar malam tak sedap sebab tak fresh. Kau bayangkan terdedah pada bahang api gerai sate sebelah. Manusia lalu-lalang dengan lampu spotlight panas.
“Rasa tak payah ceritalah memang out. Asal dan jer kau jual seketul seringgit. Don’t fight me,” ujarnya mengutarakan pendapatnya di laman Twitter itu.
UNPOPULAR OPINION – Sushi pasar malam tak sedap sebab tak fresh. Kau bayangkan terdedah pada bahang api gerai sate sebelah, manusia lalu-lalang, dengan lampu spotlight panas. Rasa tak payah ceritalah memang out. Asal dan jer kau jual seketul seringgit. Don’t fight me. pic.twitter.com/thGxh9Wceu
— MIMI ASMARA (@WVGIF) June 15, 2022
Oleh kerana kenyataan tersebut, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan pendapatnya. Kata mereka, adalah satu hal yang tidak masuk dek akal untuk membandiingkan penyediaan sushi yang beharga RM1 denngan sushi yang berharga lebih mahal di pasaraya atau kedai-kedai sushi seperti Sushi King.
Mengambil salah satu komen netizen berkenaan sushi pasar malam ini, Adeliana berkata, jika ada permintaan untuk sushi pasar malam dijual, bermakna adalah target market yang hendak disasar. Kalau tiada pembeli, manakan ada penjual.
“Ada demand, ada jual. Dia jangan borak pasa rasa lah harga RM1 nak compare harga RM3-4 sepinggan 2 ketul. Nak sedap beli dekat sushi king. Tak nak beli pun dia tak paksa. Cuma bila cakap macam ni kang kalau sesiapa baca terasa tak pasal. After all dia pun nak hidup cari makan,,” jelasnya mengulas pandangan tersebut.
Selain itu, seorang lagi netizen berpendapat hal yang sama. Nora berkata, bukan semua orang mampu untuk membeli sushi dengan harga yang mahal. jadi piilihan yang mereka ada adalah sushi RM1.
“Ramai lagi yang berfikir panjang nak spend RM1 for 1 sushi. Nak merasa Sushi King je pun dorang tak dapat. Apa lagi Habikii, Sushi Ryu or even Nobu. Just let them enjoy the sushi no matter what it fits your taste or not. The world don’t revolve around one person only,”komennya.
Secara kesimpulannya, berkenaan sushi pasar malam ini, biarlah orang menikmati apa yang mereka suka. Bukan semua mampu membeli sushi yang mahal jika memikirkan perbelanjaan yang harus ditanggung dalam ekonomi sekarang.
Kita ada perasaan dan rasa kita sendiri, begitu jug orang lain, kan?
Sumber: Mimi Asmara
Baca juga: Wanita Ini Pelik Gigit Roti Canai Tak Lumat, Sangkakan Daging, Rupanya Tali Mop Lantai..