Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Sambal ‘Kurang Ajar’ Turun-Temurun Keluarga, Boleh Tahan Sampai Sebulan!

Resipi Sambal ‘Kurang Ajar’ Turun-Temurun Keluarga, Boleh Tahan Sampai Sebulan!

Kategori: ,
sambal 'kurang ajar'

Biasanya, orang lebih memilih sambal belacan untuk digabungkan dengan santapan nasi sehinggakan makan nasi bertambah-tambah. Tetapi, pernahkan anda dengar sambal kurang ajar makan bersama nasi?

Mendenngar perkataan sambal kurang ajar sahaja sudah buat kita tertanya-tanya kan? Menurut perkongsian seorang wanita Jona MJ yang berkongsi resepi sambal kurang ajar ini, sambal ini dinamakan demikian kerana apabila menu ini muncul masa makan. memang keluarganya akan bertambah-tambah nasi.

“Yang bediet pun boleh terbabas. Sebab tu kami sekeluarga panggil kurang ajar. Takda niat pun nak sangkal rezeki Allah bagi makanan. Jangan serius sangat ya,” tulisnya dalam keterangan gambar tersebut.

Jadi, jom kita baca dan ikut resepi sambal ‘kurang ajar’ ini sama-sama!

Resepi Sambal ‘Kurang Ajar’ Turun-Temurun Keluarga, Boleh Tahan Sampai Sebulan!

Bahan-Bahan:

  • cili kering
  • bawang merah
  • bawang putih
  • ikan bilis
  • gula dan garam
  • minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Gunting dahulu cili kering untuk membuang biji dan digoreng garing. Jaga-jaga jangan sampai hangus.
  2. Untuk bawang merah, potong 4 cukup. Digoreng hingga layu.
  3. Bawang putih, sama cara dengan bawang merah.
  4. Dan untuk ikan bilis, goreng garing.
  5. Semua di atas digoreng berasingan tapi guna minyak yang sama. Jika nak mudah goreng, ikan bilis lebih banyak dari bawang merah dan bawang putih dan memperbanyakkan lagi cili kering.
  6. Untuk tips, guna chopper sebab dia kena kasar-kasar.  Chop kan semua secara berasingan: cili kering (masukkan gula dan garam sekali) > ikan bilis > bawang merah dan bawang putih. Massukkan minya masak anggaran dalam 3/4 cawan.
  7. Campurkan semua bahan yang dichop. Tak perlu masak atas dapur semula tau.
  8. Kalau takda chopper, boleh tumbuk pakai lesung batu. (memang resepi asal) tapi jangan guna blender tau.
  9. Gula bergantung kepada kepedasan cili. Kalau cili kering jenis pedas memang Kak Jona letak sangat banyak ya.
  10. Letak dalam balang kedap udara dan siap!

sambal 'kurang ajar' sambal 'kurang ajar' sambal 'kurang ajar'

Yeay dah siap ‘sambal kurang ajar’ kita. Ia boleh disimpan dekat luar ja ya tak perlu masuk dalam peti. Boleh tahan sampai sebulan. Tapi selalunya memang tak tahan lama sebab dah habis dulu.

Makan dengan telur goyang dan kicap. Perghhh cicah dengan cekodok pun sedap! Selamat mencuba!

Sumber: Jona MJ 

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Soto Lengkap Dengan Begedil, 2 Dalam 1, Rasa Memang Mantap!

tags: | |