Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Aku Tak Sangka..” Wanita Ini Menangis, Sushi Jualannya Ada Ulat. Staff Pula Kena Buatan

“Aku Tak Sangka..” Wanita Ini Menangis, Sushi Jualannya Ada Ulat. Staff Pula Kena Buatan

Kategori:
wanita jual sushi menangis

Kehidupan hari ini sangat berat. Banyak barangan mentah dan barangan lain yang mula naik harga. Ramai dalam kalangan kita terpaksa mencuba pelbagai perkara demi meneruskan kelangsungan hidup.

Malah masyarakat kita semakin hari semakin banyak mencuba bidang perniagaan makanan kerana mereka menganggap berniaga makanan ini mudah. Sehinggakan banyak gerai ditepi jalan yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Lambakan kedai makan atau gerai-gerai ini sekaligus menyebabkan ramai dalam kalangan kita sukar untuk membuat pilihan. Malah para peniaga sendiri pun terpaksa bersaing dengan peniaga di sekitar. Bersainglah secara sihat jangan pula bersaing secara kotor.

Namun begitu, ada juga segelintir manusia yang mempunyai hati yang busuk kerana menggunakan jalan yang mudah dan jahat untuk menjatuhkan peniagaan sesiapa sahaja yang dia dengki.

Wanita ini sedih, sushi yang dijual ada ulat. Pekerjanya pula kena buatan

Seperti mana yang dikongsikan oleh puansushi atau nama sebenarnya Ain Atiqah menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan ujian yang terpaksa dihadapinya. Dia meluahkan rasa sedih dan dapat dilihat menerusi video tersebut dia menangis.

Ain Atiqah sempat bercerita bahawa Sushi yang dibuatnya ada ulat manakala pekerjanya pula terkena buatan. Malah dirinya sendiri jatuh sakit teruk. Hanya berniaga makanan, Ain langsung tidak menyangka bahawa dia akan diuji dengan ujian yang berat ini.

Menerusi video tersebut juga dapat dilihat ulat-ulat kecil sedang merayap pada Sushi. Bukan satu malah kelihatan banyak ekor juga.

Tidak dapat diketahui apakah punca utama, mungkin disebabkan pihak lain ada melakukan sesuatu, kerana zaman sekarang ramai mempunyai hati yang busuk. Pantang melihat jiran atau kawan berjaya, mulalah menggunakan cara yang agak kejam untuk menjatuhkannya.

@puansushi

Ujian setiap orang lain2, aku xsangka aku pon diuji begini. Hanya niaga makan tapi ujian begitu hebat moga mereka yang diuji kuat untuk bangkit #realitiberniaga #ujianhidup #sayajualsushi #sushimuslim #sushimelaka #sushihalal

♬ original sound – Eii – Eii

@puansushi Ujian setiap orang lain2, aku xsangka aku pon diuji begini. Hanya niaga makan tapi ujian begitu hebat moga mereka yang diuji kuat untuk bangkit #realitiberniaga #ujianhidup #sayajualsushi #sushimuslim #sushimelaka #sushihalal ♬ original sound – Eii

Semoga sis terus kuat ya. Percayalah rezeki Allah tu luas..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video tersebut. Ada yang memuji Sushi wanita ini dan ada yang berasa kasihan serta mendoakan ain semoga terus kuat.

Saya pernah kena, orang letak tanah kubur di gerai..

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyarankan wanita ini agar pergi mendapatkan rawatan. Selain dari itu, ada juga warga TikTok sempat berkongsi pengalaman sedemikian rupa di mana ada orang meletakkan tanah kubur di gerainya.

Tidak dinafikan, pada hari ini memang banyak kejadian seperti ini berlaku. Ada yang hantar makhluk halus agar orang ramai nampak kedai tidak dibuka dan ada juga yang menghantar tanah kubur bagi menutup periuk nasi seseorang.

Semoga akak ini kuatkan semangat dan InshaAllah pasti akan ada rezeki yang lebih besar di depan sana. Teruskan usaha dan kuat selalu.

Sumber: puansushi

Baca juga: “Ada Yang Taburkan Tanah Kubur..”, Peniaga Takoyaki Sedih, Pelanggan Tak Nampak Kedai Buka.

tags: | | |