Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sejak Bila Kena Caj?”, Netizen Persoal Harga Upah Potong Ayam, Caj RM1 Per Kilo

“Sejak Bila Kena Caj?”, Netizen Persoal Harga Upah Potong Ayam, Caj RM1 Per Kilo

Kategori:
harga upah potong ayam

Hari demi hari, pergelutan ekonomi dengan harga barang yang semakin menaik memang membimbangkan pengguna dan masyarakat. Harga bahan mentah seperti ayam dan ikan memang terasa kenaikannya apatah lagi ia sudah menjadi makanan ruji masyarakat di negara ini.

Mengenai isu ini, terbaharu, sekeping resit pembelian di laman Facebook yang tular semalam memaparkan harga upah potong ayam di sebuah kedai dianggap tidak masuk akal. Resit yang tular pada hari Ahad di laman Facebook Viral Media Johor memang mengejutkan para pembaca.

“Sejak Bila Kena Caj?”, Netizen Persoal Harga Upah Potong Ayam, Caj RM1 Per Kilo

Berdasarkan foto yang dikongsi, pelanggan tersebut membeli udang putih seberat 1.27 kilogram (kg) dengan harga RM44.63. Selain itu, dia turut membeli seekor ayam segar seberat 4.06 kilogram dengan harga RM36.18.

Apa yang menjadi sebutan adalah harga pembayaran di dalam resit disekalikan dengan upah potong ayam yang mengikut kilo. Ayam yang dibeli oleh pelanggan seberat 4.06 kilogram menjadikan upah yang dicaj adalah RM4.06 untuk potongan ayam tersebut.

“Upah potong ayam ikut kilo rupanya,” tulis Viral Media Johor untuk keterangan gambar resit terbabit.

Difahamkan, hal ini menjadi tular kerana kebiasaannya potong ayam merupakan khidmat mesra pelanggan, Ia samada pelanggan mahukan ayam yang dibeli siap dipotong atau dibiarkan tanpa kerat sahaja. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang mempersoalkan caj potongan ayam berkenaan tidak masuk akal. Selain itu, ada juga netizen yang menceritakan pengalaman serupa mereka pernah dicaj untuk potongan ayam yang dibeli di kedai.

Mengambil salah satu komen netizen bernama Mahathir Salamon, dia berkata “potong ayam ni kan khidmat mesra pelanggan sebelum ini mana-mana peruncit. Sekarang ada bayaran, macam ni jemaah menteri dekat malaysia tak boleh settlekan. Lahanat,”katanya.

Selain itu, netizen lain bernama Rauf Nasir juga memberi komen, “okay lah tu. Tempat lain RM10 siap potong. Ni RM8.90 belum potong. Masuk potong RM1. Jadi RM9.90 jandi benda nya sama sahaja. Kita nampak ayam murah.

“Tapi belum masuk upah. Yang dah siap upah tak nak beli beli. Senang betul kena tipu,” jelasnya di ruangan komen.

“Bukankah Potong Ayam Tidak Perlu Dicaj?”

Rasanya, dalam isu harga upah potong ayam ini, ia hanya menguntungkan beberapa pihak sahaja. Kementerian yang berkait haruslah turun padang dan mengawal serta memberi maklumat akan hal ini kerana ia adalah salah satu isu yang bermain dalam masyarakat dari hari ke hari.

Menurut sumber Harian Metro yang dikeluarkan pada 19 Jun, Menteri KPDHNEP, Datuk Seri Alexandar Nanta Linggi dilapor berkata, kementeriannya akan memantau aduan mengenai caj tambahan upah potongan ayam terbabit.

Semoga ada jalan.

Sumber: Viral Media Johor 

Baca juga: “Saya Bangun 4 Pagi Sediakan Makanan 34 Anak..”, ‘Ibu’ Muda Ini Mendapat Pujian Netizen Kerana..

tags: | |