Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dua Jejaka Terbangkan Pesawat Ke Pulau Pinang, Demi Beli Nasi Kandar!

Dua Jejaka Terbangkan Pesawat Ke Pulau Pinang, Demi Beli Nasi Kandar!

Kategori:
demi beli nasi kandar

Pernah tak apabila anda bangun pagi-pagi dan rasa macam nak makan sesuatu? Salah satu sajian makanan yang biasanya orang kempunan adalah nasi kandar kan? Sampai terbawa ke dalam mimpi.

Dan, nasi kandar yang mantap mestilah nasi kandari di Pulau Pinang. Kalau kempunan, rasa nak pergi dan terbang ke kedai nasi kandar masa tu juga.

Hal ini tidak menjadi satu masalah kepada dua orang jejaka ini. Videonya yang tular di TikTok baru-baru ini memang bukan biasa-biasa. Melalui perkongsian video oleh Faizal Ibrahim berkenaan, didapati dua jejaka telah menerbangkan pesawat ke Pulau Pinang semata-mata untuk membeli nasi kandar.

Dua Jejaka Terbangkan Pesawat Ke Pulau Pinang, Demi Beli Nasi Kandar!

demi beli nasi kandar

Menurut perkongsiannya dengan Mstar, Faizal Ibrahim, 21 memperincikan kisah di sebalik perancangan yang dibuat bersama rakannya, Muqhriz Nazri, 25, sebelum menamatkan latihan di HM Aerospace, Langkawi, Kedah yang disertai sejak 5 Disember 2018.

“Sehari sebelum tu kami dah periksa jadual, kebetulan kami berdua dapat terbang bersama untuk flight esoknya (24 Mac 2022). flight tu pula peralanan terakhir saya dan Muqhriz untuk menamatkan training kami selepas lima peperiksaan percubaan untuk latihan penerbangan sepanjang 18 bulan .

“Jadi untuk penerbangan terakahir, Muqhriz bagi idea supaya trip ni menjadi memorable dan tersemat di hati sampai bila-bila. Jadi dia cakap dekat saya ‘wey jom esok makan nasi kandar dekat Penang nak?”

“Jadi, kami pun bersepakat dan bersetuju dengan cadangan itu. Selepas call beritahu kapten, dia pun cakap okay saja sebab last flight,” ceritanya kepada Mstar.

Mendapat greenlight oleh kapten, mereka terus mengisi borang dan membuat paperwork pada hari berkenaan dan menghantarnya dokumen kepada aiir traffic controller (ATC) dekat Langkawi dan emel flight plan kami dekat ATC Penang.

Jadi, ATC bagi arahan untuk maklumkan dekat semua kapal terbang di lapangan terbang,” katanya.

Setelah tiba di kedai nasi kandar menaiki kenderaan e-hailing, mereka membeli tujuh bungkus nasi kandar yang ditempah oleh rakan-rakan lain yang berada di Langakwi.

Tambah Faizal yang berasal dari Shah Alam, Selangor, mereka turut mengambil peluang untuk berjalan di beberapa kawasan menaruik di Pulau Pinang yang merupakan lokasi tumpuan pelancong untuk bercuti.

demi beli nasi kandar

demi beli nasi kandar

@faizallibrhm1♬ original sound – m1ndgam3s

Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang terpukau dan terpegun melihat kehebatan video tersebut. Komen yang berunsur jenaka dan lawak banyak dititipkan pada ruangan komen. Tidak kurang juga yang komen dengan semangat yang berkobar-kobar ingin menjadi pilot juga.

Mengambil komen salah satu netizen bernama Gerald, dia berkata “weh dia punya drive lain macam,” tulisnya.

Tapau 7 Bungkus Nasi Kandar!

demi beli nasi kandar

Perghhh, memang bukan biasa-biasa pengalaman demi beli nasi kandar ni! Selain menjadi pengalaman buat mereka, ini juga boleh dijadikan satu semangat untuk sesiapa yang ingin mengejar cita masing-masing.

Sumber: Mstar

Baca juga: “Sejak Bila Kena Caj?”, Netizen Persoal Harga Upah Potong Ayam, Caj RM1 Per Kilo

tags: | |