Subway kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia yang ingin nikmati hidangan yang ringkas tetapi lazat dan penuh khasiat. Siapa yang tak tergoda dengan aneka pilihan sandwic yang dipadankan dengan sayur-sayuran segar dan sos istimewa dari Subway?
Dengan menawarkan lebih 15 jenis sandwic, menu yang ditawarkan di Subway cukup memikat dan boleh membuatkan sesiapa saja terliur!
Bagi yang dah lama tak nikmati Subway, inilah peluang anda untuk nikmati menu terbaru yang cukup istimewa. Untuk masa terhad saja tau!
Khas untuk penggemar makanan laut yang segar, jangan lepaskan peluang untuk nikmati menu terbaru Subway, Seafood Platter untuk masa terhad ini!
Rasai keenakan patty enak yang dihasilkan daripada ikan, sotong dan udang yang dibakar rangup. Tentunya lebih sedap bila dipadankan dengan sayur-sayuran segar seperti tomato, salad, timun dan bawang segar serta sos spicy mayo yang lazat memikat.
Bagi anda yang nakkan kelainan, anda juga boleh nikmati Seafood Patty dalam bentuk wrap atau salad bowl mengikut citarasa anda.
Khas untuk anda yang nak cuba menu terbaru Subway, pesanlah dua kombo Seafood Patty untuk peluang memiliki Congkak Subway X Coca-Cola edisi terhad yang cukup istimewa. Tawaran ini sah untuk pembelian di cawangan Subway secara walk-in saja tau! Jadi, jom dapatkannya sementara stok masih ada!
Jom kita tengok cara tebus hadiah istimewa daripada Subway ni!
*Tawaran ini tidak sah untuk pembelian Subway menerusi Grabfood atau Foodpanda. Tertakluk pada terma dan syarat.
Wah menariknya giveaway Subway kali ni! Memang sesuai dengan jiwa rakyat Malaysia yang cintakan permainan tradisional.
Jom dapatkannya sementara stok masih ada! Sambil tu dapatlah anda nikmati sekali menu terbaru Subway bersama rakan atau keluarga.
Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Subway Malaysia untuk dapatkan perkembangan terkini dan tawaran menarik dari restoran sandwic kegemaran ramai ini.