Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Intai Makanan Sampai Tak Ikut Saiz Perut, Hazeman Huzir Dijeling Makcik Restoran

Intai Makanan Sampai Tak Ikut Saiz Perut, Hazeman Huzir Dijeling Makcik Restoran

Kategori:
makanan sampai tak ikut saiz perut

Makan di kedai makan atau restoran adalah kebiasaan bagi mereka yang sibuk bekerja atau pun bekerja di luar. Tidak kira sama ada di luar daerah mahupun luar negeri. Nak masak sendiri kadang kala memang tidak sempat atau pun tidak mempunyai peralatan dan bahan yang cukup.

Jadi makan di mana-mana restoran atau kedai makan adalah lebih mudah dan cepat. Namun begitu, jika kita ke daerah atau negeri yang tidak pernah dikunjungi atau jarang dikunjungi pasti agar sukar untuk kita memilih kedai yang terbaik.

Memandangkan tempat tersebut bukan tempat kita. Oleh sebab itu, kita tidak dapat mengetahui rasa masakan, tahap kebersihan dan bagaimana layanan bagi sesebuah kedai yang bakal kita kunjungi.

Setiap orang pasti akan ada perangainya masing-masing. Tidak kiralah perangai tersebut dari pelanggan atau pun pihak peniaga. Malah lebih teruk lagi ada segelintir peniaga yang bersikap masam mencuka atau pun kelakuan yang menarik perhatian ramai.

Gelagat Hazeman Huzir Intai Makanan Dan Makcik Restoran Cetus Tawa Warga TikTok

Seperti mana yang dikongsikan oleh SitiNurSara menerusi aplikasi TikTok ketika makan bersama Hazeman Huzir di sebuah restoran yang terletak di negeri Perlis menarik perhatian ramai dengan gelagat hos TV itu.

Mana tidaknya, makanan yang dipesan sampai dalam kuantiti yang agak sedikit. Kelihatan seperti Daging Harimau Menangis.

Mungkin kerana melihat kuantitinya yang sedemikian rupa setelah ia dihantar oleh pelayan kedai berkenaan, Hazeman pun menundukkan kepalanya dan seolah-olah mengintai makanan tersebut sambil mengecilkan anak matanya. Mungkin sekadar ingin bergurau.

Sempat ditanya oleh Siti sama ada nampak atau pun tidak sebelum salah seorang makcik datang membawa dua pinggan makanan. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah makcik berkenaan sempat menjeling kepada Hazeman sebelum berlalu pergi.

@bysitinursara Makanan tak ikut saiz perut 😅 #fyp #fypmalaysia #perlis #padangbesar ♬ Funny Song – Cavendish Music

Kenapa akak tu macam marah je..

Melihat situasi berkenaan, rata-rata warga TikTok berasa lawak melihat reaksi Hazeman ini. Manakala ada juga yang tertanya kenapa akak berkenaan macam marah dan berasa takut dengan melihat makcik berkenaan.

Weyyyy, sama pernah datang kedai ni kat..

Dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok yang sempat meninggalkan komen menyatakan pernah mengalami nasib yang sama ketika mengunjungi kedai makan tersebut. Hidangannya sedikit namun harganya sangat mahal.

Mungkin makcik berkenaan menjeling ke arah Hazeman kerana berasa seperti pernah melihatnya atau pun berasa tidak selesa apabila hos Tv ini mengintai makanan tersebut.

Walaubagaimanpun, sebagai seorang pekerja kedai makan, sebolehnya janganlah bersikap sedemikian rupa. Ia menakutkan pelanggan dan secara automatik ia membuatkan pelanggan lari. Senyumlah selalu kerana senyum itu kan sedekah.

Sumber: TikTok SitiNurSara

Baca juga: “Kesian Member..” Sengaja Usik Kawan Tengah Berpantang, 3 Wanita Ini Makan KFC & Subway

tags: |