Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Status Halal KitKat Diragui, Tanda Halal Hanya Ditampal. Ini Penjelasan Dari Nestle

Status Halal KitKat Diragui, Tanda Halal Hanya Ditampal. Ini Penjelasan Dari Nestle

Kategori:
status halal kitkat diragui

Jajan merupakan salah satu makanan kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Malah lebih tepat lagi, kebanyakan masyarakat Melayu kita sangat menyukai jajan ini. Tidak kira apa jenama dan rasa sekalipun, rata-rata sangat menggemarinya.

Kadangkala jajan yang dibuat dari luar negara membuatkan para ibu bapa berasa risau dan ragu dengan status halalnya. Ditambah pula dengan bentuk packaging dan jenamanya yang agak kepelikkan.

Selain jajan, coklat yang sangat menarik perhatian ramai adalah KitKat. Ia adalah coklat keluaran Nestle yang kini datang dengan saiz yang lebih besar dan mempunyai pelbagai perisa. Di mana-mana sahaja pasti ianya ada dijual.

Kesedapannya memang tiada tandingan. Berpuluh tahun berada di pasaran tidak kira sama ada di Malaysia atau pun negara luar ia sangat disukai oleh semua golongan umur.

Status halal KitKat dipertikai oleh individu ini apabila…

Namun terbaharu, status halalnya dipertikaikan oleh seorang individu di aplikasi TikTok. Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Fadli.Maliki itu, katanya umat Islam diserang dengan pelbagai cara.

Lebih-lebih lagi dari segi makanan atau Jajan apabila dia mendapati KitKat yang dibeli salah satunya tiada tanda halal. Tanda halal yang ada pada coklat tersebut hanyalah tampalan pelekat semata-mata. Oleh sebab itu dia berasa ragu dan tertanya apakah statusnya.

Malah Fadli turut meluahkan dia berasa tertipu dengan situasi itu apabila tanda halal tersebut hanya pelekat semata-mata. Menerusi video tersebut, dia meminta bagi sesiapa yang tahu agar menjelaskan perkara tersebut.

@fadli.maliki

Rasa tertipu pun ada .cuba jelaskan mengapa begini? #learontiktok #tipu #kitkat #halal

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@fadli.maliki Rasa tertipu pun ada .cuba jelaskan mengapa begini? #learontiktok #tipu #kitkat #halal ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan.

Mungkin sebab product import..

Ada yang berasa takut untuk makan coklat berkenaan dan ada juga yang menyifatkan ianya perkara normal kerana ia adalah produk import. Apabila masuk ke pasaran Malaysia, mereka hanya menampalkan pelekat demi menjimatkan kos.

Diaorang memang ada sijil halal..

Dalam masa yang sama ada juga yang turut meninggalkan komen menyatakan, KitKat memang ada sijil halal dan menganggap ianya adalah bungkusan dari luar negara.

Bagi orang yang terlalu tegas dan mengambil berat berkenaan dengan isu halal ini pasti coklat ini sudah tidak dibeli. Namun seperti yang dikomen oleh warganet, katanya ianya halal dan pelekat halal tersebut hanya ditampal kerana ingin menjimatkan kos.

Walaubagaimanapun masih tidak dapat diketahui lagi kebenarannya. Semoga ada penjelasan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KitKat berkenaan dengan isu ini bagi tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam.

Kenyataan terkini dari Nestle berkenaan dengan status halal KitKat

Ekoran kebangkitan tentang isu ini, pihak Nestle telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut hari ini pada 1 Julai 2022. Menurut Nestle, produk yang dikongsikan oleh seorang penggguna TikTok tersebut adalah produk yang diimport dari Australia. Walaubagaimanapun ia disahkan Halal oleh Halal Certification Authority Australia, badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Merujuk kepada artikel Daily Makan yang diterbitkan pada 29 Jun 2022 (https://dailymakan.com/status-halal-kitkat-diragui-tanda-halal-hanya-ditampal/71470/) mengenai video TikTok oleh seorang pengguna mengenai status Halal produk KIT KAT, sila ambil maklum bahawa produk tersebut diimport dari Australia dan disahkan Halal oleh Halal Certification Authority Australia, badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan seperti yang digariskan dalam Polisi Halal kami, Nestlé Malaysia hanya mengeluarkan, mengimport dan mengedarkan produk yang telah disahkan Halal oleh JAKIM.

Butiran pensijilan Halal produk tersebut dipamerkan pada pelekat yang ditampal pada pembungkusan, selaras dengan undang-undang di Malaysia.

Kepercayaan pihak pengguna sentiasa merupakan keutamaan bagi Nestlé. Kami komited untuk terus memupuk kepercayaan ini dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi dan selamat bagi memastikan keyakinan pengguna terhadap status Halal semua produk Nestlé Malaysia.

-Petikan dari Nestlé (Malaysia) Berhad

Semoga dengan penjelasan dan kenyataan ini tiada lagi keraguan yang timbul. Nanti jangan lupa ya beli banyak-banyak KitKat dan nikmati bersama keluarga di rumah. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Nestle kerana pantas mengambil tindakan dan mengeluarkan kenyataan tersebut. Semoga Nestle terus maju dan berjaya!

Sumber: TikTok Fadli.Maliki

Baca juga: Aksi Ekstrem Penjual Makanan Di Afrika, Terus Hulur Sate Dalam Kereta Buat Penumpang Tak Berganjak 

tags: |