Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rezeki Mengalir Melalui Bunyi Seruling, Pak Cik Jual Dadih Tarik Perhatian Orang Ramai

Rezeki Mengalir Melalui Bunyi Seruling, Pak Cik Jual Dadih Tarik Perhatian Orang Ramai

Kategori:
Pak Cik jual dadih

Dalam mencari rezeki, pelbagai cabaran harus ditempuhi, begitu juga dengan hidup. Mencari rezeki sambil mencurahkan karya sangat jarang diitemui. Biasanya orang-orang seperti ini punya jiwa yang spesial dan unik serta melankoli.

Rezeki Mengalir Melalui Bunyi Seruling, Pak Cik Jual Dadih Tarik Perhatian Orang Ramai

Terbaharu, satu video oleh laman Facebook Oh My Perak tular di media sosial berkenaan seorang peniaga yang lebih dikenali sebagai Pak Cik Dadih. Difahamkan, Pak Cik Dadih berkenaan menjual dan menjaja dadih di hadapan sekolah di Taiping bertemankan alunan merdu seruling yang ditiupnya sendiri.

Pada keterengan video terbabit, Oh My Perak menyatakan bahawa Pak Cik Dadih sememangnya dikenali ramai oleh orang-orang di situ. Dengan kegigihannya mencari rezeki demi kelangsungan hidup, dia juga telah menonjolkan bakatnya dengan tiupan alunan seruling yang bukan semua orang ada.

Pak Cik jual dadih

Melalui video itu, kelihatan orang ramai memberi tips sebagai penghargaan kepada Pak Cik berkenaan kerana telah menghiburkan orang ramai secara percuma dengan tiupan seruling yang merdu dan lagu lawas yang sedap.

“Anak-anak cuku kenal Pak Cik ini. Setiap hari menjaja dadih depan sekolah-sekolah. Sejuk je hati bila dengar dia mula tiup seruling,” tulisnya dalam keterangan video yang diulang siar daripada Miza Lenient.

Menurut seorang netizen bernama IR Rosnani yang dipercayai turut mengenali Pak Cik Dadih memberi info tambahan pada ruangan komen. Katanya, Pak Cik berkenaan juga ada di lokasi berbeza untuk berniaga sambil menghiburkan orang ramai.

“Dia ada juga pada waktu malam di kedai Deena Tomyam, Jalan Tupai, Taiping. Kalau kita makan situ, dia akan main seruling, nyanyi dan jual dadih,”tulisnya dalam ruangan komen untuk info Pak Cik jual dadih terbabit.

Pak Cik jual dadih

Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang terharu dengan kegigihan dan bakat Pak Cik Dadih berkenaan. Ada yang memesan kata-kata semangat berniaga. Dalam masa yang sama, ada juga memberi komen semangat untuk terus berkarya sambil mencari rezeki.

Mengambil salah satu komen netizen, Yum Yumm berkata, “semoga murah rezeki Pak Cik. Sambil meniaga, sambil hiburkan pelanggan. Kreatif, idea lain dari yang lain,” tulisnya sebagai satu bentuk sokogan.

“Terima Kasih Kerana Menghibur Pelanggan”

Pak Cik jual dadih

Melalui Pak Cik jual dadih berkenaan, kita dapat belajar banyak hal yang terselit. Misalnya, kekuatan yang sebenar dalam mencari rezeki halal dan juga tetap percaya kepada Tuhan yang memberi rezeki.

Dia meniup seruling dann berkarya kepada pelanggan dengan ikhlas dan tidak terpaksa. Menyanyi isi hati dan menghargai jalan permuzikan serulinng yang agak dianggap langka pada zaman sekarang.

Semoga ada penghargaan kepada bakat dan semangatnya!

Sumber: Oh My Perak

Baca lagi: “Ingatkan Taster Durian..”, Wanita Terkejut Tengah Beli Isi Durian, Makcik Sebelah Selamba Sambar, Ini Reaksinya..

tags: | |