Buah Durian antara buahan yang sangat terkenal di Asia Tenggara. Apa yang istimewanya buah ini adalah, ia berbuah mengikut musim dan tidak tubuh di negara lain selain Asia Tenggara. Kebanyakan masyarakat Asia Tenggara ini sangat menggemari buah ini.
Malah bukan itu sahaja, ada juga rakyat Korea dan China serta negara lain yang turut menggemari raja buah ini. Tidak kira bangsa dan agama, rata-ratanya menggemari buah ini dan sentiasa menantinya.
Terdapat pelbagai jenis durian antaranya durian musang king, durian udang merah, durian d24, durian mas selangor dan pelbagai lagi jenis durian yang wujud di Malaysia ini. Antara jenis yang sangat mendapat sambutan yang tinggi adalah durian musang king.
Selain dimakan begitu sahaja, durian ini seringkali dibuat tempoyak dan kuih muih. Bukan sahaja digemari oleh orang dewasa, malah bayi juga turut menggemarinya. Bukan gemar akan isinya namun gemar akan buahnya.
Seperti mana yang dikongsikan oleh syazrul menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan anaknya yang masih lagi bayi kelihatan amat gemar akan buah durian ini.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat ibu kepada bayi tersebut yakni isteri kepada Syazrul memegang buah durian tersebut dan meletakkan di tepi anaknya. Namun apabila ditarik atau diambil, anaknya tersebut terus menangis.
Namun apabila diletakkan kembali, anaknya itu kelihatan sudah berhenti menangis. Sambil memegang buah tersebut, bayi tersebut kelihatan sangat menyukai buah berkenaan. Sekali tengok, lucu pun ada ya.
https://www.tiktok.com/@closeee222/video/7114072663437462810?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274
@closeee222 suke benor bini aku ngusik anak aku ye…nt ayh puk mama heh. #fyp #masukberanda ♬ original sound – syazrul
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan.
Ada yang mengatakan lain macam mainan budak-budak zaman sekarang. Malah ada juga yang berpendapat, jenuh nanti nak cari memandangkan ianya adalah buahan bermusim
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan bayi ini cerdik dan dia nak merasa sentuhan. Dalam masa yang sama ada juga yang berasa risau takut durinya terkena tangan.
Comel je kan apabila melihat kanak-kanak sebesar ini suka akan buah durian. Walaupun kelihatan menyeramkan, namun bayi ini sangat menyukainya. Mungkin satu hari nanti bakal menjadi hantu durian.
Semoga membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat ya dik! Apabila besar nanti, bolehlah menjadi pengusaha durian yang berjaya. Tolong mak ayah pula ya.
Sumber: TikTok syazrul
Baca juga: Intai Makanan Sampai Tak Ikut Saiz Perut, Hazeman Huzir Dijeling Makcik Restoran