Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penat Masak, Isteri Mengamuk Suami Langsung Tak Sentuh. Alasan Tiada Selera & Asyik Bermain Game

Penat Masak, Isteri Mengamuk Suami Langsung Tak Sentuh. Alasan Tiada Selera & Asyik Bermain Game

Kategori:
isteri penat masak

Mendirikan rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah dan sesuatu yang bahagia sentiasa. Akan ada ujian dan pasang surutnya. Bab kata orang ramai, perkahwinan ini bukan soal gembira dan bahagia semata-mata namun ia datang dengan pelbagai pakej.

Ada suka, ada tawa, ada marah dan pelbagai lagi perasaan yang timbul. Bukan sahaja perasaan namun masalah dari pelbagai sudut juga akan muncul. Jadi siapa pun kita sama ada baka isteri atau suami, kuatkan hati, kuatkan mental dan fizikal untuk menjalani rumahtangga ini.

Kerana selepas berkahwin, barulah perangai sebenar pasangan akan kelihatan. Sebelum berkahwin hanya yang indah-indah sahaja kelihatan. Akan mula ada pergaduhan dan amukan dari mana-mana pihak.

Isteri Mengamuk, Suami Tak Makan Masakannya Alasan Tiada Selera & Asyik Bermain Game

Seperti mana yang viral di aplikasi TikTok berkenaan dengan sebuah video yang memaparkan tahap kesabaran si isteri sudah habis. Video yang dikongsikan oleh Zziiee itu pada mulanya memaparkan si isteri baru selesai menghidangkan makanan di atas meja.

Setelah itu dia memanggil suaminya untuk makan bersama. Tidak lama kemudian suaminya pun datang namun apabila melihat lauk yang terhidang di atas meja, suami berkenaan memberitahu tiada selera.

Kemudiannya dia terus fokus bermain game di dalam telefon. Di situasi tersebut, kelihatan isterinya sahaja yang menikmati makanan manakala suaminya dan seorang lagi individu lelaki sedang asyik bermain telefon.

Walaupun sudah beberapa kali si isteri meminta suaminya agar makan namun suaminya tersebut tetap fokus kepada telefon sahaja.

Mungkin berasa geram dan terkilan kerana suaminya sempat mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar, si isteri kelihatan terus bangun dan langsung menyuapkan makanan ke mulut suaminya selepas melemparkan sesuatu.

@coklat_vanilla189

#org dh masakkn tuk dia .tk nk mkn plk .ape lg naik giler la bini kau tu#ffyyppppppppppppppppppp

♬ Seribu Setia – Siti Nordiana

@zziiee33 #org dh masakkn tuk dia .tk nk mkn plk .ape lg naik giler la bini kau tu#ffyyppppppppppppppppppp ♬ Seribu Setia – Siti Nordiana

Memang sedih bila kita penat masak, suami tak lalu makan..

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok faham situasi yang sedang dialami oleh isterinya itu. Kata mereka, siapa sahaja yang tidak marah dan terasa apabila isteri penat memasak namun suami langsung tidak menyentuh makanan tersebut.

Kalau time makan aku paling pantang orang main telefon..

Di samping itu, ada juga yang meninggalkan komen menyatakan itulah sebab baik makan di kedai dari membazir. Apabila memasak takde orang nak makan juga. Malah ada juga yang menulis, kalau waktu makan, memang pantang orang main telefon.

Walaubagaimanapun, video tersebut adalah video lakonan semata-mata. Namun sememangnya ada sahaja kejadian seperti ini yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita.

Kalau boleh sebagai suami, elakkan lakukan hal sebegini rupa kepada si isteri. Hargailah setiap pengorbanan yang dilakukan. Bukan sahaja memasak, kemas rumah serta menjaga anak-anak sudah cukup membuatkan dia tertekan.

Sumber: TikTok Zziiee

Baca juga: Pemilik Madu Khaula Bengang Kes Produknya Diciplak Belum Selesai, Minta Orang Ramai Bantu

tags: | |