Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Teknik Betul Buat Telur Sarang, Barulah Menjadi. Minyak Pun Tak Bergenang!

Teknik Betul Buat Telur Sarang, Barulah Menjadi. Minyak Pun Tak Bergenang!

Kategori: ,

Telur merupakan antara makanan nombor satu rakyat Malaysia. Jika tiada ikan dan ayam pasti kebanyakannya akan lebih memilih telur. Selain telur ayam, ada juga telur itik, telur angsa dan telur burung.

Namun yang teramat popular di negara kita adalah telur ayam. Kebiasaannya ramai yang menjadikan telur ayam ini sebagai telur mata, telur dadar dan juga telur rebus. Hidangan ini memang tak pernah lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Bukan sahaja enak dimakan bersama dengan nasi malah telur mata juga sangat enak apabila dimakan bersama dengan makanan bergoreng yang lain. Malah sejak kebelakangan ini viral berkenaan telur sarang.

Telur sarang ini kebiasaannya pula dimakan bersama dengan laksa pineng. Gabungan antara dua hidangan ini memang betul-betul menjadi tau. Kalau makan dengan nasi putih biasa pun sedap je. Tiada masalah, boleh dimakan dengan apa-apa menu sekalipun.

Namun tak ramai yang tahu teknik betul dan tepat untuk menyediakan Telur Sarang ini. Lebih sedap lagi kalau telur yang dibuat tidak bergenang minyak. Jadi jom kita ikuti perkongsian dari Pakcu Love ini.

Cara Betul Dan Menjadi Buat Telur Sarang. Mudah & Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar air putih
  • Sedikit garam
  • Minyak yang banyak

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan api yang besar. Tuangkan minyak yang banyak.
  2. Kacau telur, masukkan air dan kacau lagi dengan kelajuan angin membelah lautan sampai berbuih-buih.
  3. Kemudian tuangkan telur dalam minyak yang panas. Tarik mangkuk tu tinggi-tinggi supaya telur tu jatuh dengan tali halus dalam kuali.
  4. Tutup api besar, kecilkan api dan tunggu seketika.
  5. Apabila dah nampak bahagian tepi garing, boleh terbalikkan.
  6. Tunggu lagi dan apabila dah puas hati angkat serta toskan.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan cara nak buat Telur Sarang ni. Teknik yang betul mampu menghasilkan telur yang sedap dan tak berminyak. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.
Kalau menjadi, memang betul-betul terbaik tau rasanya.

Jadi kalau anda semua nak tahu sejauh mana kesedapannya, bolehlah cuba membuatnya sekarang. Kalau tak nak buat telur sarang, boleh juga buat telur mata. Cara nak buat telur mata tu, ada kat bawah ni ya.

Cara Buat Telur Mata

  1. Pertama, kena gua kuali kecil dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu tak merebak ikut saiz kuali .
  2. Tips kedua, minyak kena lebih supaya dia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan direct terus ke kuali tau.
  3. Jangan risau, kita toss dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih tu dah start garing sedikit, boleh angkat dah.
  4. Tips ketiga, guna lah telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Selalu kita order kat kedai, bila mintak telur mata kerbau, dibaginya telur mata jin mata satu, telur mata kerbau buta sebelah dan paling teruk telur mata dajal, musibah namanya tu.

Selamat mencuba!

Kredit: Yaya Ismail 

Baca juga: Hidangan ‘Telur Mata Goreng Tomato’ Ini Sangat Sedap Dan Pernah Viral! Ini Cara Mudah Menyediakannya

tags: |