Dalam menjalani ekonomi yang semakin membimbangkan kerana berlakunya inflasi menyebabkan harga barang naik, pelbagai kenyataan telah diumumkan oleh pihak berwajib.
Misalnya semalam, menurut Sinar Harian, kenyataan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar.
Ini kerana, pengguna sudah diberi subsidi dan kerajaan turut menghulurkan bantuan tunai terus kepada golongan sasar. Ia adalah satu kenyataan yang mengundang kemarahan rakyat kerana diaggap tidak mempunyai empati atas kenyataan ‘tidak menjadi masalah’.
Terbaharu, satu video lain pula telah tular di media sosial apabila Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar menyarankan oran ramai khususnya rakyat Melaka mengurangkan pengambilan telur berikutan harga makanan berkenaan.
“Kita sebagai pengguna kalau dah tahu kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.
“Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah.
“Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya dalam rakaman video yang disiarkan saluran YouTube Melaka TV semalam.
Bercakap kepada pemberita di Pasar Besar Majlis Bandar Raya Melaka, Norena berkata rakyat perlu memahami situasi dunia yang berhadapan dengan inflasi tinggi di seluruh negara ketika ini.
“Kerajaan memutuskan untuk bagi lagi pelbagai subsidi untuk bagi kita tak terbeban dengan inflasii tapi kita mohon sangat terutama rakyat Melaka faham), kita sekarang dalam inflasi yang tinggi.
“Bukan Malaysia sahaja tekanan barangan naik, bahkan satu dunia. Ini bukan isu baru,” katanya.
Video yang tular di Twitter semalam itu meraih 7 ribu lebih retweet dicampur dengan komen perdebatan netizen.
Hahahaha pengarah. Hahahaha pic.twitter.com/RkdQpoEr4R
— HermyR (@HermyRahim) July 1, 2022
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang bengang dan kecewa dengan kenyataan terbabit. Ini kerana rakyat dan pengguna mahukan jawapan yang lebih terperinci dari segi data dan fakta.
Mengambil salah satu komen netizen @AzeriXify berkata, “telur harga mahal, kurangkan perbelanjaan telur. Menteri harga mahal, kurangkan perbelanjaan menteri jugak la kan?”, tulisnya mengulas kenyataan terbabit.
Seorang lagi netizen bernama @XavierNaxa juga turut mmemberi komen yang sama tentang isu ini.
“Tidak dinafikan turun naik harga bergantung kepada permintaan dan penawaran. Isunya telur sumber protein termurah yang boleh diperoleh. Sepatutnya KPDNHEP pertingkat kuatkuasakan serta cari jalan penyelesaian. Jika alasan itu diberikan, saya boleh jadi pengarah,” ulasnya.
Berkenaan isu harga barang naik dan kenyataan jangan makan telur ini, rakyat mahukan penjelasan yang terjamin dengan kenyataan yang diselit fakta.
Ramai yang terkesan oleh kerana kenaikan barang walau sedikit. Jika ada penjelasan dan solusi yang memberangsangkan,, ia mungkin dapat melegakan semua.
Sumber: Melaka TV
Baca juga: “Penat Aku Dengan Malaysia Sekarang..”, Kotak Telur Kena Cas 30 Sen, Pengguna Bengang