Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Penat Aku Dengan Malaysia Sekarang..”, Kotak Telur Kena Cas 30 Sen, Pengguna Bengang

“Penat Aku Dengan Malaysia Sekarang..”, Kotak Telur Kena Cas 30 Sen, Pengguna Bengang

Kategori:
kotak telur

Bermula 1 Julai kelmarin, harga siling ayam dan telur di negara Malaysia sudah ditetapkan harga siling pada kadar harga pasaran baharu. Ayam standard: RM9.40, telur gred A: 45 sen/biji, telur gred B: 43 sen/biji manakala telur gred C: 41 sen/biji.

Berikutan dengan harga bahan mentah yang semakin naik, ramai juga yang mengatakan kawalan harga semakin diambil kesempatan oleh sesetengah pihak. Hal ini amat membimbangkan pengguna kerana takut ada yang tertipu.

“Penat Aku Dengan Malaysia Sekarang..”, Kotak Telur Kena Cas 30 Sen, Pengguna Bengang

kotak telur

Mengulas tentang isu di atas, satu hantaran di media sosial tentang cas 1 kotak telur mengundang kecewaan serta kemarahan orang ramai. Sejak pagi tadi, notis pemberitahuan yang memaklumkan pihak peniaga akan mengenakan bayaran sebanyak 30 sen kepada pelanggan menjadi buah mulut netizen.

“Perhatian, kotak telur kena bayar 30 sen satu untuk kota tutup atas,” tulisnya dalam gambar yang dikongsi di laman Facebook itu.

Setakat ini, hantaran berkenaan telah mendapat 1 ribu perkongsian, 72 komen dan 120 tanda suka.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai borong di ibu kota.

kotak telur

Melihat kepada reaksi orang ramai, hantaran itu telah menimbulkan satu perdebatan isu dalam kalangan netizen. Ada yang berang dan kecewa dengan tindakan peniaga berkenaan sambil memberi komen anggaran cas kotak telur yang dikenakan tersebut.

“Dia ambil balik harga kotak ru baru berapa sen. Siap kira pukal lagi dengan kita,” tulisnya memberi dalam ruangan komen mengulas isu harga cas kotak telur tersebut.

Selain itu, ada juga netizen lain memberi komen bahawa peniaga telah mengambil kesempatan berikutan isu hangat tentang kenaikan harga sekarang.

“Lepas ni, sekali sentuh dikira beli. Macam-macam sekarang ni. Yang tak patut naik pun dinaikkan juga. Ambil kesempatan betul pihak peniaga ini. Bila disoal kenapa mahal, macam-macam alasan akan dibagi nanti,” luahnya.

“Kotak Telur Dicaj? Ini Ambil Kesempatan”

kotak telur

Selain daripada isu ini, ramai juga yang meluahkan isu cas seperti pemotongan ayam haruslah diberikan penjelasan kepada pengguna. Semoga ada pemantauan oleh kerajaan dan pihak berwajib tentang isu ini.

Sumber: Siti Fearne Angah

Baca juga: Peniaga Ayam Kota Bharu Jual Bawah Harga Siling Ayam Mentah

tags: |