Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Berbekalkan RM2 Ribu Sebagai Modal, Raja Burger Malaysia Ramly Kongsi Cerita Di Sebalik Kejayaan Sekarang!

Berbekalkan RM2 Ribu Sebagai Modal, Raja Burger Malaysia Ramly Kongsi Cerita Di Sebalik Kejayaan Sekarang!

Kategori: ,
Malaysia Ramly

Ramai peniaga burger di luar sana menjual burger dengan menggunakan produk jenama Ramly. Namun kebanyakan daripada mereka tidak kenal bagaimanakah paras rupa pemilik kepada jenama tersohor Ramly Burger.

Berbekalkan RM2 Ribu Sebagai Modal, Raja Burger Malaysia Ramly Kongsi Cerita Di Sebalik Kejayaan Sekarang!

Malaysia Ramly

Menurut Garasi TV, pernah satu ketika, Ramly Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan paniaga di jalanan yang menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak mengenalinya. Begitu rendah diri orangnya.

Ramly Burger yang diasakan pada tahun 1984 hanya berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu. Dato’ Haji Ramly Mokni dan isterinya Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap telah membuat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka di Kampung Baru.

Dikatakan pada mula perniagaan, mereka mendapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger. Namun, berkat kesabaran dan kecekalan pemily Ramly burger dan isteri, mereka tetap terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow Kit.

Malaysia Ramly

Sejak dari itu, permintaan terhadap daging burger Ramly semakin hari semakin bertambah. Berrmula dengan 200 keping daging sehari kemudian mereka mula mendapat tempaham sehingga 3,000 keping dalam satu hari.

Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak membangun adalah pernah ditolak semasa ingin memohon pinjaman.

Ia ditolak oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara)  dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger.

Akan tetapi, pihak Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka.

Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 bilion dan daging yang digunakan untuk sehari hampir 1.5 tan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk jenama Ramly.

Cabaran Besar Raja Burger Malaysia Ramly: Pernah Ditolak Pinjaman MARA

Malaysia Ramly

Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.

Semoga ecekalan dan konsisten Raja Burger Malaysia Ramly Ramly Bin Mokni dalam penghasilan perniagaan boleh dijadikan panduan.

Sumber: Garasi TV

Baca juga: “Aku Tengah Mencekik, Kerusi Dah Naik Atas Meja,” Pelanggan Bengang Makanan Belum Sampai, Tapi Dah Nak Kemas

tags: | | |