Sejak beberapa tahun yang lepas, kerabat diraja Pahang sering mendapat perhatian ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana berjiwa rakyat. Dari ayahanda hinggalah anakanda kesemuanya diminati dan disegani ramai.
Termasuklah Pemangku Raja Pahang. Siapa sahaja pasti mengenali Pemangku Raja Pahang yang cukup membuatkan perempuan di luar sana berdebar kencang jantungnya. Tengku Hasanal atau nama sebenarnya adalah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda merupakan anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Ramai dalam kalangan rakyat Pahang dan rakyat Malaysia yang menjadikan baginda sebagai idola dan meminati baginda kerana ketampanan dan sikapnya yang luar biasa.
Bukan sahaja seorang yang tampan, malah baginda juga dianggap seorang yang peramah. Tidak kekok menegur dan bertanya khabar rakyat jelata, baginda juga sering tersenyum manis.
Malah terbaharu, viral sebuah video yang dikongsikan oleh fiasmz di aplikasi TikTok berkenaan dengan Tengku Hasanal yang sempat bertanya khabar dan bertegur sapa dengan rakyat jelatanya di sebuah pusat membeli belah.
Menerusi video tersebut, pada mulanya kelihatan baginda memberi salam dan bertanya khabar kepada orang ramai yang berada di hadapannya.
Tidak lama kemudian, kedengaran juga baginda bertanya apakah sudah makan atau belum. Kerana keramahan tersebut, fiasmz seolah-olah berasa tidak percaya dengan sikapnya yang seolah-olah sangat penyayang.
Mungkin perasan dirinya sedang dirakam, Tengku Hasanal juga sempat menegur banyak kamera dihadapannya. Di akhir video tersebut, baginda sempat mengambil gambar bersama peminatnya.
@asdaable caringnyaaa 😭🤍🤍 🤍#tengkuhassanal #fypシ゚viral
@fiasmz caringnyaaa 😭🤍🤍 🤍#tengkuhassanal #fypシ゚viral ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ramai yang menganggap baginda Tengku Hasanal seorang yang peramah dan sangat penyayang.
Namun dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok yang bertanya kenapa akak ini cakap sudah makan. Sepatutnya cakap belum makan, mana tahu nanti baginda hendak belanja.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan berasa geram hendak belikan gel minyak rambut buat baginda. Dalam masa yang sama ada juga yang bertanya, siapa setting rambut anak raja ini.
Sikap Pemangku Raja Pahang ini memang patut dipuji. Langsung tidak sombong dan peramah orangnya. Mana lagi nak jumpa kerabat diraja yang mempunyai jiwa yang penyayang dan sangat ramah, langsung tidak kekok untuk menegur sapa dan bertanya khabar rakyat.
Bukan sekadar tanya sihat atau pun tidak, tapi siap bertanya sama ada sudah makan atau belum. Jarangkan kita jumpa kerabat diraja yang berjiwa rakyat ini? Didoakan semoga baginda sentiasa berada dalam rahmat dan jagaan Allah SWT. Daulat Tuanku.
Kredit: fiasmz
Baca juga: Viral Pelayan Wanita Di Restoran Ini Berpakaian Kurang Sopan, Ramai Doakan Supaya Diberi Hidayah