Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Senarai Kedai Nasi Ayam Yang Terkenal Dan Sedap Di Perlis

Senarai Kedai Nasi Ayam Yang Terkenal Dan Sedap Di Perlis

Kategori: ,
kedai nasi ayam di Perlis

Nasi ayam merupakan makanan atau hidangan yang berasal dari Cina. Mungkin kebanyakan daripada anda memang menyukai nasi ayam ini kan? Jadi jika ke Perlis untuk bercuti atau sebagainya, jangan lupa untuk singgah makan di kedai nasi ayam seperti senarai di bawah ini ye.

1. Chicken Rice Kiosk

Nasi ayam di Chicken Rice Kiosk yang terletak di Kangar ini memang sedap. Selain dari nasi ayam, Chicken Chop dan beberapa menu lain juga turut tersedia. Tambahan pula dengan servis restoran yang baik merupakan antara tarikan istimewa di sini.

Alamat:

  • No.19 Arked, Jalan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Sabtu: 10.30AM – 6.00PM
  • Ahad: Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”35067″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”35073″]

2. Nasi Ayam Ketapang

Nasi Ayam Ketapang merupakan kedai kegemaran orang ramai. Memang setiap hari kedai yang terletak di Beseri Perlis ini dipenuhi pelanggan. Bukan sahaja makanan yang disediakan sedap malah persekitaran yang tenang dan nyaman menjadi salah satu sebab kenapa ia sering dikunjungi.

Alamat:

  • Km 8.4, Jalan Kaki Bukit, Beseri Perlis, 02400 Kangar, Perlis

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Jumat: 10.00AM – 8.00PM
  • Sabtu dan Ahad: Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”39147″]

Apa kata pengunjung:

[foogallery id=”35038″]

3. Nasi Ayam Pandan & Takoyaki

Penyediaan nasi ayam di kedai ini memang jauh berbeza dengan kedai yang lain. Nasi ayam yang dilengkapi dengan ayam pandan merupakan antara menu yang paling laris. Rata-rata pelanggan bukan dari penduduk setempat malah penduduk kampung lain juga turut berkunjung ke gerai ini semata-mata untuk menikmati nasi ayam dari kedai ini.

Alamat:

  • 186, Taman Mewah, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Jumaat: 11.00AM – 3.45PM
  • Sabtu dan Ahad: Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7225″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7229″]

4. Warung Nasi Ayam 3 Rasa

Nasi ayam di Warung Nasi Ayam 3 Rasa memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan mana-mana kedai lain. Tekstur nasinya lembut dan ayamnya yang cukup rasa membuatkan si pemakan akan teringat-teringat. Jadi jika anda berada di sekitar Kuala Perlis, bolehlah singgah disini untuk menikmati nasi ayam heaven ini.

Alamat:

  •  02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu Operasi:

  • Khamis hingga Isnin : 11.30AM – 3.30PM
  • Selasa & Rabu: Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”35055″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7257″]

5. Nasi Ayam Kubang Gajah (Last Kicap)

Nak makan nasi ayam yang terbaik? Nasi Ayam Kubang Gajah ini adalah tempatnya. Bukan sahaja sedap malah hidangan juga banyak. Kalau pergi waktu lapar pun okay juga sebab memang sangat-sangat mengenyangkan. Selain dari nasi ayam ada juga menu lain yang tersedia. Semuanya sedap tau!

Alamat:

  • Persiaran Jubli Emas, Arau, 02600 Kangar, Perlis

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Jumaat: 9.00AM – 4.00PM
  • Sabtu dan Ahad: Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7260″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7265″]

6. Nim’s Nasi Ayam Simpang Empat

Nasi ayam yang lain dari yang lain ada di Nim’s Nasi Ayam Simpang Empat ini. Jangan lupa singgah ye sebab penyediaan ayamnya yang jauh berbeza dengan mana-mana kedai lain merupakan salah satu faktor ia sering dikunjungi.

Alamat:

  • Kampung Simpang Empat, 02700 Simpang Ampat, Perlis

Waktu Operasi:

  • Selasa hingga Ahad :10.00AM – 10.00PM
  • Isnin : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”35062″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”35063″]

 

tags: |