Setiap orang pastinya memiliki rezeki dan kehidupan yang berbeza-beza. Ada yang terpaksa kais pagi makan pagi dan ada juga yang tunjuk je nak makan apa, terus dapat. Ada yang terpaksa bekerja keras, siang dan malam baru dapat capai setiap impian dan keinginan.
Namun ada juga sebaliknya. Begitu juga dengan perkahwinan, ada yang direzekikan memiliki rumahtangga yang bahagia dan ada juga yang mempunyai rumahtangga yang hampir runtuh. Setiap orang, rezekinya berbeza-beza.
Walaupun begitu, mempunyai suami yang penyayang, bertanggungjawab dan menyayangi kita sepenuh hati serta tidak kedekut adalah satu rezeki yang patut disyukuri. Kerana tidak semua bernasib baik memperolehi rezeki sebegini.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang tidak diketahui namanya dan dikongsikan kembali oleh Diyanah Daud menerusi aplikasi Tiktok berkenaan dengan luahan seorang wanita yang mempunyai suami yang kedekut dan berkira bab duit.
Kata wanita tersebut, suaminya memberi RM300 sahaja sebulan untuk duit dapur manakala RM50 untuk nafkah. Memandangkan wanita ini juga bekerja jadi bil api dan air dia yang bayar. Sewa rumah pula suaminya.
Yang menjadi pertanyaannya adalah, apakah dia berdosa bila mana ketika dia hendak makan sedap dia akan sembunyi. Nikmati makanan sedap, mahal dan viral sorang-sorang tanpa suami. Hal tersebut dilakukan kerana suaminya seorang yang kedekut.
Wanita berkenaan turut berkongsi, setiap kali pulang bekerja, suaminya itu tidak pernah membeli makanan untuk dibawa pulang. Namun apabila diajak ke kedai makan, pesan macam-macam kerana isterinya itu yang belanja.
@diyanahd BUKAN BERKIRA , TAPI TU LAH . TAK TAHU NK COMMENT APE 🥲😅 #kisahrumahtangga #viralsounds #foryourpage
@diyanahaia BUKAN BERKIRA , TAPI TU LAH . TAK TAHU NK COMMENT APE 🥲😅 #kisahrumahtangga #viralsounds #foryourpage ♬ الصوت الأصلي – غزلان
Ekoran video yang dikongsikan oleh Diyanah, ianya telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata yang meninggalkan komen adalah dari golongan wanita dan rata-ratanya menyatakan tak perlu rasa bersalah.
Ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, jangan bagi suaminya tersebut merasa duit isteri. Katanya elok dah tu makan diam-diam.
Dalam masa yang sama ada juga yang sempat meninggalkan komen menyatakan berkira dengan bini rezeki pun payah masuk. Tidak kurang juga ada yang berseloroh meminta wanita ini cari suami baru yang tidak kedekut.
Kalau ikutkan, duit isteri adalah hak milik isteri dan suami langsung tiada hak ke atasnya. Kalau suami payah sangat dan terlalu kedekut nak belikan kita makanan, belikan sahaja sendiri. Puaskan hati sendiri, tidak mengapa. Itu adalah lebih baik.
Sumber: TikTok Diyanah Daud
Baca juga: Viral Pelayan Wanita Di Restoran Ini Berpakaian Kurang Sopan, Ramai Doakan Supaya Diberi Hidayah