Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Budak Lelaki Menangis Ikan Keli Peliharaan Kena Goreng, Mahu Tengok Kuburnya

Budak Lelaki Menangis Ikan Keli Peliharaan Kena Goreng, Mahu Tengok Kuburnya

Kategori:
ikan keli peliharaan

Pasti ada di antara kita yang sukakan ikan dan menjadikan ia sebagai ikan peliharaan. Tidak dinafikan, haiwan peliharaan adalah satu perkara yang begitu sentimental kerana ada perasaan sayang yang istimewa antara penjaga dan haiwan peliharaan yang dipelihara.

Bayangkan, apabila balik kerja atau sekolah, ada peneman yang menunggu kita di rumah. Sampai sahaja di rumah, kita mengadu semua masalah kepada haiwan peliharaan kita. Ia sesuatu hal yang mendamaikan bagi sesetengah orang. Ini kerana, seolah beban yang ada dapat dikongsi bersama.

Budak Lelaki Menangis Ikan Keli Peliharaan Kena Goreng, Mahu Tengok Kuburnya

Terbaharu, sebuah video klip di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaku menangis apabila mengetahui ikan keli goreng yang dimakan adalah ikan peliharaannya yang mati.

Ia dilaporkan oleh berita Suara.com di Jakarta. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @undercover.id.

Dalam video ikan keli peli tersebut, kanak-kanak lelaki itu menangis apabila mendapati lauk yang hendak dimakannya adalah seekor ikan keli. Perakam video itu menjelaskan bahawa ikan kelinya sudah mati dan digoreng ibunya untuk dimakan.

ikan keli peliharaan

Mendengar penjelasan bapanya, budak lelaki itu menangis dan berkata, dia mahu melihat kubur ikan keli peliharaannya. Dia tidak mahu makan setelah mendengar penjelasan tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen tentang perkara tersebut. Ada yang mengatakan ia sebagai satu benda lawak, tetapi ada juga yang bersimpati dengan adik berkenaan kerana menganggap haiwan peliharaan adalah sesuatu yang sentimental.

ikan keli peliharaan

Mengambil salah satu komen netizen, Nurul Abu berkata, abangnya pernah berhdapan dengan situasi dan pengalaman sama.

“Macam abang aku la. Bela anak ayam warna warni tu. Dah besar tua, arwah ambil sembelih buat masak cabai. menangis dia weh,” katanya dalam ruangan komen tentang kisah ikan keli peliharaan itu.

“Sayang Haiwan Peliharaan Jangan Buat Main”

ikan keli peliharaan

Kadang-kadang, memang nampak benda ni lawak kan? Tetapi, mana lah tahu hati si adik tu betul-betul berkeceramuk. Haiwan peliharaan ni jangan buat main tau. Betul-betul kita sayang!

Sumber: Suara.com

Baca juga: “Lepas Je Asar, Kuah Rasa Lain..”, Peniaga Mahu Pergi Berubat, Yakin Bukan Salah Bahan Masakan

tags: | |