Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “30 Tahun Membesar Dengan Minyak Masak Subsidi Malaysia”, Rakyat Thailand Akui Sejak Kecil Guna Minyak Masak Malaysia

“30 Tahun Membesar Dengan Minyak Masak Subsidi Malaysia”, Rakyat Thailand Akui Sejak Kecil Guna Minyak Masak Malaysia

Kategori:
minyak masak Malaysia

Seperti sedia maklum, bekalan minyak bersubsidi yang disediakan kerajaan untuk golongan susah dan memerlukan memang susah didapati di Malaysia pada masa ini. Jika ia terjual di kedai atau pasar raya pun, ia hanya boleh dibeli dalam kadar dan kuantiti yang ditetapkan sahaja.

Pada 4 Julai lalu, gempar dengan pelaporan media yang menyatakan minyak subsidi banyak dijual di Selatan Thailand. Di Narathiwat, isu bekalan minyak masak bersubsidi dalam paket satu kilogram ada kaitan dengan penyeludupan minyak masak ke negara jiran.

Dalam kegawatan minyak masak dengan pembelian di kedai runcit dihadkan kepada satu atau dua kilogram sahaja di Malaysia, lain pula yang terjadi di selatan Thailand.

“30 Tahun Membesar Dengan Minyak Masak Subsidi Malaysia”, Rakyat Thailand Akui Sejak Kecil Guna Minyak Masak Malaysia

Terbaharu, artikel yang disediakan oleh Sinar Harian dan dilaporkan oleh wartawan Hazelen Liana Kamarudin mendedahkan realiti sebenar minyak subsidi yang telah lolos di sempadan Thailand.

Terdapat rakyat di Thailand mendakwa mereka sudah lebih 30 tahun membesar dengan minyak masak dari Malaysia. Hasil perbualan wartawan Sinar Harian dengan penduduk tempatan mendapati kegiatan itu sudah berlaku dalam tempoh lama.

Warga Thailand yang mahu dikenali sebagai Yah, 35, berkata, sejak kecil dia dan keluarganya menggunakan minyak masak dari Malaysia.

“Minyak masak dari Malaysia murah kalau dibandingkan dengan keluarga tempatan (Thailand). Macam kami orang kampung, sudah tentu lebih suka beli yang murah.

“Minyak masak peket dari Malaysia juga berkualiti. Sebab itu orang Thailand suka gunakan minyak masak dari Malaysia apabila memasak,” jelasnya.

minyak masak Malaysia

Selain itu, penduduk juga mendakwa sebab utama mereka suka menggunakan minyak masak peket Malaysia sejak berzaman kerana minyak masak Malaysia boleh digunakan sekurang-kurangnya dua kali untuk menggoreng ayam atau ikan. Ini kerana kualitinya bagus.

Mereka berkata, minyak masak keluaran Thailand diperbuat daripada bunga matahari dan kacang soya. Ia kurang sesuai untuk menggoreng ayam dan ikan.

Sinar Harian mendedahkan realiti sebenar minyak masak subsidi Malaysia berkenaan dengan cerita-cerita lanjut oleh rakyat Thailand sendiri di sana.

Suka Minyak Masak Malaysia Sebab Boleh Ulang Guna, Kualiti Baik

minyak masak Malaysia

Apa yang boleh dirumuskan, minyak masak Malaysia memang banyak yang dijual di negara Thailand tatkala di sini kekurangan bekalan sehingga harga minya botol naik dan minyak subsidi dikenakan had pembelian.

Ini adalah realiti yang sudah lama berlaku. Di manakah silapnya? Apakah isu ini akan berterusan? Semoga ada jalan penyelesaian.

Sumber: Sinar Harian 

Baca juga: Tak Sanggup Minta Duit Dengan Ibu Ayah, Mahasiswa Terpaksa Tahan Lapar Sebab Kos Makanan Meninggi

tags: | |