Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara DIY Rempah Sup, Boleh Buat Stok. Sangat Mudah, Jimat Masa & Tahan Lama!

Cara DIY Rempah Sup, Boleh Buat Stok. Sangat Mudah, Jimat Masa & Tahan Lama!

Kategori: ,,,
cara buat rempah sup

Sup merupakan antara menu yang sangat popular di mana-mana negara. Begitu juga di Malaysia, bukan setakat menjadi menu utama namun sup ini juga seringkali disediakan saat badan terasa kurang sihat.

Tapi apabila demam dan tak larat, pastinya kita akan malas memasak. Namun akan berbeza apabila dah ada segala jenis bahan dan semuanya sudah siap sedia, tinggal kita campak sahaja.

Kalau ada rempah sup yang sudah siap sedia bukan sahaja memudahkan urusan kita nak masak waktu tidak sihat namun juga turut mudah saat kita nak cepat. Biasalah, kadang kala anak-anak yang masih kecil kuat merengek dan sebagai ibu serta isteri, banyak perkara yang perlu diselesaikan pada satu-satu ketika.

Jadi nak cepat saat masak sup? Mungkin korang boleh buat DIY rempah sup ini. Buat stok banyak-banyak, nanti nak masak lebih mudah. Boleh tahan lama pula tu, jom kita ikuti perkongsian Mas Lieyana di bawah ini.

Resepi DIY Stok Rempah Sup, Jimat Masa & Tahan Lama

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar – dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih – dipotong kecil
  • 2 inci halia – dipotong kecil
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh bunga cengkih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis pula perlu diketuk terlebuh dahulu untuk memudahkan korang mengisar.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan dalam blender, tambahkan air dan kisar sehingga halus. Jika suka, boleh letakkan sedikit minyak.
  3. Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam bekas bertutup dan simpan ke dalam peti sejuk. Boleh juga masukkan ke dalam bekas kiub ais untuk dijadikan pes berbentuk kiub.
  4. Untuk menggunakan masukkan rempah sup yang telah DIY tadi dalam anggap 1 atau 2 sudu besar ke dalam sup secukup rasa.

Resepi Sup:

  1. Tumis bawang merah atau bawang besar, halia dan bawang putih yang dihiris nipis. Kalau tumbuk dengan lesung lagi ummph. Tumis bawang sampai hampir kekuningan, masukkan rempah dan kacau sampai rempah garing. Jangan hangus sudah.
  2. Time ni paling best, aroma tak terkata.
  3. Kemudian boleh masukkan dalam sup (rebusan ayam atau daging yang nak dibuat sup atau pun masukkan air dan kemudian masak sup. Dua-dua pun best.
  4. Pastu masak la sup ikut cara masing-masing.

Mudah sahaja kan nak buat rempah sup ini? Selepas ini kalau nak buat sup pada bila-bila masa pun tiada masalah. Kalau bahan, rempah pun dah ada sekejap je boleh siap. Malas atau rajin je yang jadi masalahnya. Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat stok sekarang!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mas Lieyana

Baca juga: Cara Buat Karipap Daun Sup Lain Dari Lain, Lebih Sedap & Rangup. Belum Cuba Belum Tahu! 

tags: | |