Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » Lebih Murah dan Sedap Setanding Starbucks, Netizen Kongsikan 12 Jenama Kopi Underrated Yang Coffee Lover Patut Cuba

Lebih Murah dan Sedap Setanding Starbucks, Netizen Kongsikan 12 Jenama Kopi Underrated Yang Coffee Lover Patut Cuba

Kategori: ,

Bila kita berbicara tentang kopi, pasti jenama Starbucks jadi antara yang pertama terlintas di fikiran. Memang tak dinafikan kopi yang ditawarkan cukup enak dan cukup ramai penggemarnya.

Namun, disebabkan harganya yang agak mahal, tak semua mampu untuk nikmatinya selalu, sekali sekala bolehlah.

Ditambah pula dengan kenaikan harga barang yang mendadak sejak akhir-akhir ni, pasti ramai yang mencari alternatif lain untuk nikmati kopi setiap hari.

Khas untuk anda yang sukakan kopi, netizen syorkan 12 jenis kopi underrated yang anda wajib cuba. Bukan saja harganya jauh lebih murah, malah rasa kopinya juga cukup padu dan setanding dengan jenama kopi mahal.

Jom kita tengok senarai kopi underrated yang jadi kegemaran netizen!

12 Jenama Kopi Underrated Yang Coffee Lover Wajib Cuba

12. Maru Cafe MyNews

Menawarkan antara kopi yang termurah dalam senarai, kopi dari Maru Cafe memang cukup digemari ramai. Dengan adanya cawangan MyNews di merata tempat, anda bolehlah nikmati kopi dari Maru Cafe pada bila-bila masa sahaja!

Jangan lupa cuba Iced Mocha dan Iced Latte yang cukup popular di sini!

Kredit : Twitter @najwa_halmi

11. Zus

Walaupun jenama Zus boleh dikatakan agak baru, namun keenakan kopi yang ditawarkan sering menjadi bualan warganet! Kalau anda pertama kali nak pesan Zus Coffee, anda bolehlah cuba minuman yang disyorkan :

  • Iced Spanish Latte
  • Iced Caramel Macchiatto
  • Roasted Hazelnut Latte
  • Salted Caramel Frappe
  • Double Chocolate Chip Frappe
  • Java Chip Frappe

Kredit : mainplace.com.my

10. Coffee Bean

Jika anda semak sendiri harga yang ditawarkan, anda pasti takkan jumpa harga minuman yang melebihi RM 20. Kalau dibandingkan dengan Starbucks, harga kopi di sini mungkin RM 3 hingga RM 4 lebih murah.

Bukan setakat murah, anda juga pasti terkejut dengan rasa minumannya yang setanding Starbucks. Bagi yang pertama kali nak cuba Coffee Bean, kami syorkan anda untuk pesan minuman berikut :

  • Midnight Cookies & Cream Ice Blended
  • Iced Midnight Mocha Cold Brew Latte
  • Iced Caramel Macchiato
  • Café Latte
  • The Original Mocha Ice Blended

9. Celsius Coffee

Terkenal sebagai kopi botol dengan rasa premium, Celsius Coffee cukup sesuai untuk anda yang suka nikmati kopi tanpa gula.

Diperbuat daripada 100% biji kopi arabica dan susu segar, rasanya juga cukup pekat dan enak untuk dinikmati tak kira masa.

Kredit : Twitter @aqiljunaidi_

Celsius Coffee menawarkan 5 perisa yang cukup padu untuk penggemar kopi iaitu :

  • Classic Latte
  • Ethiopia
  • Caramel Machiatto
  • Artisan Chocolate
  • Artisan Matcha

Kalau anda teringin nak cuba, bolehlah pesan menerusi laman web Celsius Coffee di sini.

Kredit : Twitter @najwa_halmi

8. Costa Coffee

Kalau anda biasa isi minyak di Shell, anda pasti perasan mesin Costa Coffee yang setia menanti pelanggan yang berkunjung.

Walaupun harga kopi yang ditawarkan tak sampai RM 10, namun rasanya boleh tahan sedap! Terdapat pelbagai pilihan minuman yang ditawarkan seperti espresso, latte, chocolate dan mocha.

Untuk first timer, netizen menyarankan anda untuk cuba  Latte, Cappucino dan Black Americano yang kaw di sini. Confirm terus hilang rasa mengantuk bila drive nanti!

Kredit : foursquare.com

Jangan takut untuk cuba mesin kopi ni, cara gunanya senang saja. Kalau nak tahu cara order Costa Coffee, anda boleh baca perkongsian kita sebelum ini.

7. Kopi Dua Darjat

Kredit : Twitter @najwa_halmi

Kopi Dua Darjat cukup popular di kalangan penggemar kopi style kampung dengan sentuhan citarasa moden. Harganya juga cukup berpatutan untuk anda cuba pelbagai menu yang unik dan dijamin sedap!

Antara menu Kopi Dua Darjat yang disyorkan netizen adalah :  

  • Kopi Warisan 
  • Kopi Darjat  
  • Coklat Artisan 
  • Caramel Latte

Jom sokong jenama kopi orang kita ni,  harganya serendah RM 6 saja tau!

Instagram : Kopi Dua Darjat

6. Richiamo Coffee 

Ramai netizen yang turut gemarkan keenakan kopi di Richiamo Coffee. Keenakan kopi di sini bukan saja setanding jenama kopi popular, malah harganya juga cukup berpatutan. Patutlah ramai repeat order!

Antara menu yang jadi kegemaran warganet adalah :

  • Iced Blended Caramello Cappucino
  • Hazelnut Cappucino
  • Salted Caramel Cappucino

Kredit : Twitter @izztlnajhh

Semuanya nampak sedap dan menarik untuk dicuba! Ada banyak cawangan Richiamo serata Semenanjung Malaysia yang anda boleh singgah. Jom ke Richiamo!

Instagram : Richiamo Coffee

5. Gigi Coffee 

Antara jenama kopi underrated yang paling banyak disyorkan oleh netizen, Gigi Coffee menawarkan kopi dengan rasa yang lebih berkrim dan mudah diterima ramai termasuklah yang kurang gemarkan kopi yang pahit.

Antara kopi yang menjadi kegilaan netizen adalah Buttercream Latte , Green Tea Frappe dan Salted Caramel Machiatto yang teramatlah sedap! 

4. Baskbear Coffee

Menawarkan menu kopi serendah RM 5, anda berpeluang untuk cuba pelbagai jenis kopi dengan rasa unik dari serata dunia termasuk Brazil, Colombia dan Sumatera.

Kredit : Twittter @atqhamrdn

Antara minuman signature yang anda boleh dapatkan di Baskbear Coffee adalah :

  • Baskbear Milk Coffee
  • Baskbear Espresso Cheese Foam
  • Baskbear Salted Caramel Hazelnut Macchiato
  • Caramel Frappe
  • Chocolate Mousse

Kredit : klfoodie.com

3. Halal Planet Coffee

Kredit : Twitter @faqrul_ramlan

Halal Coffee Planet merupakan satu lagi jenama kopi underrated yang kurang dikenali namun menawarkan rasa kopi yang cukup kaw dengan seduhan unik biji kopi Aceh dan Gula Melaka. 

Antara minuman istimewa yang jadi kegemaran warganet dari Halal Planet Coffee adalah :

  • Caramel Macchiato Frappe
  • Java Chip Frappe
  • Biscoff Ice Drink
  • Mocha Ice Blended

2. Dunkin’ Donuts 

Walaupun Dunkin’ Donuts cukup popular dengan aneka donat yang gebu, namun menu kopinya pula yang jadi bualan netizen di TikTok baru-baru ini.

Dua menu minuman yang viral sekarang adalah Iced Latte Iced Caramel Latte dan Iced Caramel Macchiatto. Minuman bersaiz Large harganya baru RM 14.30 sahaja! Kalau nak tahu sedap ke tak, kenalah cuba sendiri! 

1.  San Francisco Coffee

Walaupun namanya tak segah Starbucks, namun keenakan kopi di San Francisco Coffee memang sukar untuk ditandingi.

Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri minuman paling laris di sini seperti Iced Vanilla Latte, Iced Hazelnut Latte dan Iced Mocha yang padu! 

Banyak rupanya jenama kopi underrated yang menawarkan minuman dengan harga yang jauh lebih murah. Rasanya juga cukup unik dan dijamin sedap! Bagi anda yang nak berubah angin sekali sekala, cubalah jenama kopi yang disenaraikan ni, anda pasti takkan menyesal!

Cepat tag geng kopi anda dan cubalah jenama kopi yang disyorkan oleh netizen ni!

Sumber : Twitter @brgsjks

tags: