Sejak kebelakangan ini pelbagai macam kejadian yang berlaku, dari kes pembunuhan, banjir sehinggalah mencuri. Ramai cakap dunia sudah tenat, pelbagai macam perkara yang berlaku menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia kian bimbang.
Bimbang untuk meneruskan kehidupan. Di depan sana nanti akan ada pelbagai macam cabaran dan dugaan. Isu-isu yang terjadi kebelakangan ini bukanlah isu yang biasa. Mencuri di sana sini, ada yang tidak bernasib baik ditangkap polis.
Ada yang bernasib baik masih lagi menjalankan pembuatan terkutuk tersebut di mana-mana. Namun jika dilihat dengan lebih teliti, tidak semua orang jahat yang melakukan kerja-kerja ini sebenarnya.
Ada segelintir daripada mereka terpaksa mencuri demi meneruskan kelangsungan hidup. Mungkin sudah tiada jalan lain, memandangkan setiap barangan terus menerus naik harga.
Seperti mana yang baru sahaja berlaku dan turut menggemparkan Malaysia berkenaan dengan seorang ibu yang mencuri 2 tin Milo di sebuah pasaraya di Marang, Terengganu.
Suri rumah tersebut yang juga penagih dadah didakwa mencuri 2 tin Milo pada 25 Mei yang lalu. Dia kemudiannya ditahan oleh polis di rumahnya. Sebelum ini, wanita tersebut juga pernah mencuri barangan dari pasar raya sebanyak 2 kali, pada tahun 2019 dan 2021.
Ekoran itu, dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Marang. Walaubagaimanapun, melihat kepada sudut kemanusiaan, usahawan hartanah iaitu Muhammad Azlan Al Amin tampil mengarahkan peguam terkenal, Dato Dato Naran Singh supaya membuat permohonan penangguhan hukuman penjara 14 bulan ke atas wanita tersebut.
Muhammad Azlan Al Amin sebelum ini juga pernah viral kerana membantu mengikat jamin berjumlah RM10,000 seorang remaja perempuan pada April 2020.
Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, beliau berkata beliau sama sekali tidak menyokong tindakan salah wanita terbabit yang disabitkan kesalahan mencuri, salah tetap salah. Apatah lagi beliau terjebak masalah sosial yang tidak sepatutnya.
Namun beliau cuma bersimpati kepada nasib anak-anak wanita terbabit yang masih kecil. Beliau juga berharap hukuman yang dikenakan dapat dipinda kepada hukuman lain. Mudah-mudahan ianya menjadi satu pengajaran kepada wanita tersebut.
Muhammad Azlan juga berhasrat untuk membantu wanita ini membina kehidupan baru yang lebih baik, murni dan mulia.
Betul dan sangat setuju dengan apa yang dikongsikan oleh usahawan hartanah ini. Wanita tersebut dan ibu kepada empat orang anak yang masih kecil ini perlu diberi peluang dan bimbingan.
Ayuh, kita sama-sama buka mata dan hati kita memandang ke depan. Apa nasib anak-anak ibu yang berusi 43 tahun ini andaikata dia dipenjara. Apakah yang bakal berlaku selepasnya? Ayuh kita sama-sama membawa ibu ini ke arah kehidupan yang lebih cerah.
Sumber: Muhammad Azlan Al-Amin
Baca juga: “Selalu Bini Yang Beli..”, Pakcik Beli Ayam Letak Begitu Sahaja Dalam Troli Buat Warganet Risau