Semenjak berlakunya peperangan antara Rusia dan Ukraine, banyak negara yang turut terkena tempias, begitu juga dengan Malaysia. Hari demi hari kita dapat lihat dengan jelas, bahawa banyak barangan mentah meningkat harganya.
Bermula dari gandum, ayam, telur dan seterusnya minyak masak. Malah terdapat banyak lagi barangan mentah lain yang turut meningkat harganya. Bagi mereka yang sebelum ini sudah kurang kemampuan pasti akan menghadapi hidup yang cukup sukar.
Apabila barangan mentah naik harga, makanan lain seperti kuih muih, nasi, lauk pauk juga turut dinaikan harganya. Namun di dalam kesempitan, rupa-rupanya masih ada segelintir peniaga yang tidak berhati perut kerana mengambil kesempatan.
Kata mereka, barangan mentah naik harga jadi mereka tiada untung dan terpaksa menaiki harga makanan. Malah harga yang diletakkan juga tidak masuk akal.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai tiyakamal2 di aplikasi TikTok berkenaan dengan dirinya yang membeli Kueh Teow Sup. Namun harga bagi satu bungkus Kueh Teow sup tersebut adalah sungguh mengejutkan, sangat mahal iatu RM9.
Kueh Teow yang berharga RM9 untuk satu bungkus itu dibeli untuk dibuat sarapan pagi namun seperti yang dilihat isinya sedikit sahaja. Hanya terdapat 2 ketul wantan, 1 keping isi ayam, 3 biji bebola ikan dan sedikit Kueh Teow.
Ekoran itu, dia meminta pendapat orang ramai. Apakah okey dan berbaloi bagi isinya yang sebegitu rupa namun berharga RM9 satu bungkus. Malah dapat dilihat dengan jelas menerusi video tersebut, isinya sangat sedikit. Tidak percaya ianya dijual pada harga RM9.
@tiyakamal2 Lepas ni makan sup kosong ❤️#fypシ #foryoupage #fyp
@tiyakamal2 Lepas ni makan sup kosong ❤️#fypシ #foryoupage #fyp ♬ original sound – LuckyBoy
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok yang menonton video berkenaan memberitahu bahawa ianya sangat mahal. Kalau nak letak harga RM9 boleh sahaja, namun isi yang diletakkan haruslah setanding dengan harga.
Malah ada juga yang memberitahu, mereka di Kuala Lumpur macam tu la, tiada makanan yang bawah RM5.
Dalam masa yang sama ada juga yang bertanya nak pergi haji ambil pakej vvip ke dan ada juga yang berseloroh, katanya macam nak pindah ke planet lain.
Jika Kueh Teow sup tersebut berharga RM9 namun isinya banyak dan rasanya juga sangat enak memang berbaloi. Namun jika begini, faham-fahamlah ya. Dunia sekarang, ramai sangat ambil kesempatan dan kita sebagai rakyat hanya boleh bersabar dan berusaha sahaja.
Semoga peniaga di luar sana, bukalah mata dan perhatikan masyarakat kita yang tidak semuanya kaya raya. Ada yang terpaksa kais pagi makan pagi, kasihanilah mereka. Jual lah makanan korang dengan harga yang sepatutnya.
Sumber: TikTok tiyakamal2
Baca juga: Gadis Tengah Sedap Minum Starbucks Tiba-Tiba Rasa Sesuatu Yang ‘Rangup’, Rupa-Rupanya Anak Lipas