Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sanggup Toleh Kepala Tak Nak Makan Ikan Murah, Gelagat Penguin di Zoo Jepun Ni Buat Warganet Terhibur

Sanggup Toleh Kepala Tak Nak Makan Ikan Murah, Gelagat Penguin di Zoo Jepun Ni Buat Warganet Terhibur

Kategori:

Disebabkan inflasi yang berlaku di serata dunia, sebuah zoo di Jepun terpaksa menukarkan ikan yang lebih murah sebagai makanan untuk penguin dan memerang jagaan mereka.

Hakone-en Aquarium yang terletak di daerah Kanagawa, Jepun biasanya memberi makan penguin dan memerang mereka dengan ikan mackerel jenis “Japanese Horse” tapi, pihak akuarium terpaksa menukar sumber makanan kedua-dua haiwan comel ini kepada ikan mackerel jenis murah.

Nampaknya, penguin dan memerang boleh kenal kualiti ikan apabila mereka mula menolak bila diberikan ikan murah.

https://www.youtube.com/watch?v=lvXOVIe1ZEs

Sanggup Toleh Kepala Tak Nak Ikan Murah..

Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh ANN News, kebanyakan penguin didapati menolehkan kepala dan mengelak beberapa kali ketika pekerja akuarium ingin berikan ikan mackarel murah. Memerang pula sanggup letak tepi cebisan ikan murah yang diberikan selepas merasa sedikit.

Menurut pihak akuarium, mereka sudah lama perkenalkan ikan murah ini secara berperingkat sejak Mei lepas.

Pada awalnya, sesetengah penguin dan memerang tak kisah bila diberikan ikan murah yang dicampur dengan Japanese Horse Mackerel.

Namun, mereka terpaksa jadikan ikan murah sebagai diet utama penguin dan memerang akibat stok Japanese Horse Mackerel yang berkurangan serta kos yang meningkat.

Sejak itulah, penguin sudah mula tunjuk perasaan dan lebih memilih pada waktu makan.

Ikan Murah

‘Mogok Lapar’ Menjadi

Nampaknya, ‘mogok lapar’ yang dilakukan oleh penguin ini berkesan apabila pihak akuarium terpaksa berikan ikan yang biasa dimakan supaya kesihatan mereka terjaga.

“Kita tak akan paksa haiwan untuk makan apa yang mereka tak nak”, ujar Shimamoto yang mewakili Hakone-en Aquarium.

Video yang mencuit hati ini juga kian tular di Twitter sehingga buatkan warganet terhibur. Situasi kelakar ini juga mengingatkan warganet pada diri mereka sendiri yang ada kalanya terlalu memilih.

Di samping itu, netizen juga seakan ‘menyokong pendirian’ penguin yang sepatutnya diberikan makanan yang berkualiti sahaja.

Ikan Murah

Disebabkan peningkatan kos penyelenggaraan zoo, pihak akuarium juga terpaksa lakukan beberapa penjimatan seperti mengurangkan operasi aliran pam yang memakan sehingga separuh daripada bil elektrik bulanan.

Tak sangka pula inflasi seluruh dunia ni boleh berikan kesan pada sektor lain macam zoo dan akuarium. Pandai pula tu penguin dengan memerang mengelak tak nak ikan yang murah!

Sumber : mothership.sg, huffpost.com

tags: