Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kau Biar Je Macam Tu?”, Jaga Anak Masuk Wad, Wanita Kesal Makanan Basi Tiada Siapa Kisah

“Kau Biar Je Macam Tu?”, Jaga Anak Masuk Wad, Wanita Kesal Makanan Basi Tiada Siapa Kisah

Kategori:
makanan basi

Dalam kehidupan rumahtangga misalnya, pasti sikap tanggungjawab dan kerjasama diterap bersama untuk mengecapi mahligai indah.

Saling tolong-menolong sesama pasangan suami isteri akan menjadikan tugas masing-masing berjalan lancar. Selain itu, beban yang dikongsi dapat dirasai dan ditangani bersama selain melancarkan tanggungjawab masing-masing.

“Kau Biar Je Macam Tu?”, Jaga Anak Masuk Wad, Wanita Kesal Makanan Basi Tiada Siapa Kisah

Menyebut hal dan perkara di atas, seorang pengguna TikTok meluah rasa kecewa tentang keadaan yang dilaluinya. Dari perkongsian video terbabit, wanita berkenaan telah menjaga anaknya yang sakit di hospital selama 3 hari 2 malam.

makanan basi

Bersama dengan itu, dia telah meninggalkan sajian untuk ‘orang rumah’ makan di rumah pada hari sebelum masuk wad. Selepas anaknya dibenarkan keluar, dia terkejut dan kecewa apabila makanan yang ditinggaalnya masih tidak dikemas hingga basi semuanya.

“Anak masuk wad aku jaga 3 hari 2 malam. Lauk yang aku masak hari sebelum masuk wad sampai aku balik kau biar je jadi macam tu? Aku penat la vavi hidup macam ni,” tulisnya kesal.

makanan basi

https://www.tiktok.com/@ummihannan_19/video/7117915771719765274?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7108336414912185857

@ummihannan_19aku penattttt♬ original sound – Bro zarul ayc😘😘😘 – Tik Toker

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen yang kebanyakannya dari kalangan isteri berkongsi cerita yang seakan sama dihadapi oleh mereka.

Mengambil salah satu komen netizen, Amira Meera berkongsi rasa dengan menceritakan kisahnya yang tinggal bersama ipar dan ayah mentua apabila kahwin.

“Saya sekarang tengah mengalami. Duduk dengan ipar dan ayah mentua. Pingan kosong pun biar tutup bawah tudung saji. Hari-hari carut dalam hati,” kongsinya dalam ruangan komen mengenai kisah makanan basi berkenaan.

Selain itu, seorang lagi netizen mewakili kaum bapa menyatakan sebagai lelaki sendiri dia tidak boleh melihat jika rumahnya bersepah. Rasa tanggungjawab dan amalam kerjasama perlu dididik dalam sesebuah rumahtangga.

“Aku lelaki pun tak boleh tengok bersepah atas meja makan. Aku tolong bersihkan. Kadang-kadang aku masak, sebab isteri tengah mengandung. Bukan takut tapi sayang bini,” tulisnya mengulas kisah makanan basi tersebut.

“Rumahtangga Kena Ada Kerjasama”

makanan basi

Benarlah, sesebuah rumahtangga haruslah dipenuhi dengan tanggungjawab untuk memikul amanah masih-masing. Seperti kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, ia adalah pepatah yang tepat untuk hal ini. Misalnya, melakukan tugas rumah seperti memasak bersama.

Selain itu, perbincangan dengan pasangan juga penting untuk mengelak kesalahfahaman. Berbincanglah untuk kesatuan jiwa dan saling memahami dalam mahligai indah masing-masing.

Sumber: Ummihannan

Baca juga: Jumpa ‘Ubat Stepler’ Dalam Makanan, Pelanggan Terkejut Hingga Ngeri Nak Makan!

tags: | |