Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Daging Korban Tidak Boleh Simpan Selama 3 Hari? Ini Penjelasan Agamawan Untuk Persoalan Ini

Daging Korban Tidak Boleh Simpan Selama 3 Hari? Ini Penjelasan Agamawan Untuk Persoalan Ini

Kategori: ,
daging korban

Seperti sedia maklum, Hari Raya korban yang disambut oleh umat Islam seantero dunia memang melibatkan urusan penyembelihan daging.

Daging hasil daripada ibadah korban akan disimpan sama ada oleh individu yang membuat korban atau penerimanya. Persoalan yang diragui ramai, bolehkah ia disimpan melebihi tiga hari?

Umum mengetahui ibadah korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10,11,12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kebanyakan daripada masyarakat di Malaysia biasanya mengikut pembahagian daging mengikut sukatan berikut iaitu satu pertiga untuk dimakan oleh individu berkorban dan ahli keluarganya. Satu pertiga disedekahkan kepada fakir miskin. Manakala satu per tiga lagi dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Daging Korban Tidak Boleh Simpan Selama 3 Hari? Ini Penjelasan Agamawan Untuk Persoalan Ini

daging korban

Bagaimanapun timbul persoalan tempoh daging korban itu boleh disimpan oleh individu yang melakukan ibadah korban. Adakah benar ia tidak boleh disimpan melebihi dari 3 hari?

Menurut Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben Agil, menurut Mazhab Shafie diharuskan untuk menyimpan daging korban walaupun melebihi 3 hari asalkan daging tersebut tidak rosak mahupun busuk sehingga menyebabkan pembaziran.

“Penyimpanan daging korban lebih daripada tiga hari pernah dilarang Rasulullah SAW. Namun larangan itu sudah dimansuhkan atau disebabkan situasi sudah berubah seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab Raudah al-Tolibin:

“Boleh atau harus seseorang menyimpan sebahagian daripada daging korban. Rasulullah SAW pernah melarang menyimpan (daging korban) lebih dari tiga hari kemudian Baginda mengizinkannya.

“Menurut majoriti ulama larangan ini bermakna haram, manakala menurut Abu Ali al-Tobari, kemungkinan larangan ini berkmaksud makruh,” kongsinya.

Pernah Dilarang Rasulullah SAW Tetapi Sudah Dimansuhkan

daging korban

Kemungkinan Sebab Larangan Tersebut Menurut Imam Nawawi:

  • Larangan tersebut berjalan selama setahun kemudian dimansuhkan, atau larangan ini dikhususkan dengan sebab keadaan yang sempit pada tahun itu. Tatkala luput keadaan itu maka tiada lagi pengharaman.
  • Jika keadaan yang sempit atau susah berlaku pada zaman kini, adakah diharamkan kembali penyimpanan daging korban selama 3 hari lebih?
  • Katanya, jika ingin menyimpan daging korban, maka seeloknya ia bahagian untuk dimakan.
  • Jika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukumkan dengannya (haram)?
  • Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak diharamkan pada hari ini walau apa situasinya sekali pun.
  • Jika seseorang ingin menyimpan maka digalakkan menyimpan daging korban daripada bahagian yang dimakan (sendiri dan keluarga), bukan bahagian sedekah dan hadiah.

daging korban

Sumber: Sinar Plus

Baca juga: Tips Daging Lembut Dan Tidak Berbau, Wanita Ini Kongsi Cara Potong Daging Ikut Urat Yang Sebetulnya

tags: | |