Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Dan Cara Masak Untuk Roti Puri Gebu, Sedap Cicah Dengan Kari!

Resipi Dan Cara Masak Untuk Roti Puri Gebu, Sedap Cicah Dengan Kari!

Kategori: ,
roti puri gebu

Biasanya, roti puri yang sedap mempunyai tesktur kembang dan lembut. Ia juga sangat mudah dibuat dan selalunya makan dengan kari dan segala jenis gulai pun memang menggoda!

Jadi kali ini, kami akan kongsikan resepi roti puri yang memang sedap dari segi rasa dan bentuknya! Jom cuba!

Resipi Dan Cara Masak Untuk Roti Puri Gebu, Sedap Cicah Dengan Kari!

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis
  • 2 sudu teh gula
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3/4 cawan air

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan tadi dan masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh yang tidak melekat di tangan.
  2. Perap adunan sampai kembang, dah kembang tumbuk buang angin.
  3. Bulatkan kecil-kecil.
  4. Lenyekkan dengan penggelek hingga nipis.
  5. Gelekkan semua adunan siap-siap supaya mudah untuk menggoreng.
  6. Panaskan minyak. Minyak kena banyak dan api haruslah sederhana.
  7. Masukkan adunan yang telah dilenyek tadi. Goreng satu per satu.
  8. Masa menggoreng, kena simbah-simbahkan minyak ke atas roti. Bila sudah kembung, baru terbalikkan. Masak hingga kekuningan dan angkat.

Tips:

  • Pasikan minyak betul betul panas. Kalau tak cukup panas, roti akan jadi leper dan tak kembung
  • Gelek siap siap adunan tepung supaya senang untuk sesi menggorneg. Proses menggoreng mengambil masa yang singkat sahaja.

roti puri gebu roti puri gebu roti puri gebu

Okay! Dah siap kita punya roti puri gebu. Bolehlah makan dengan kuah kari yang pekat melikat tu. Biasa kan cicah dengan roti biasa sahaja. Jadi, cubalah roti puri gebu pula! Makin menjadi dan mantap!

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Ida Zaida

Baca juga: Sempena Raya Haji, Khairul Aming Kongsi Resepi Gulai Daging Cara Istimewa! Jom Buat Bersama!

tags: | |