Ketika Korban Hari Raya Haji, antara bahagian sembelihan yang susah untuk diproses adalah bahagian dalaman seperti perut lembu.
Biasanya, bahagian perut memerlukan masa yang lama untuk dicuci dan diasingkan dengan kotoran yang melekat. Ia memerlukan cucian bersama kapur untuk menyental permukaan perut lembu berkenaan.
Tetapi, ia amat berbeza dengan cara salah seorang pengguna TikTok @makey.24jey yang membersihkan isi perut lembu dengan menggunakan mesin basuh. Pernah nampak tak situasi macam ni? Sangat jarang sekali berlaku kan?
Dalam perkongsian video berkenaan, kelihatan dia mencuci perut lembu dengan beberapa kali putaran sahaja supaya segala kotoran tertanggal.
Lelaki yang mencuci berkenaan menunjukkan hasil cucian dan mendapati perut lembu berkenaan putih bersih. Banyak tenaga yang boleh dijimat dengan melakukan cara berkenaan.
“Beginilah setiap tahun. Benda boleh cepat buat apa nak lambatkan. Hahaha,”terangnya dalam keterengan video tersebut.
Setakat ini, hantaran video itu mendapat sehingga 181 ribu lebih tanda suka dengan 5 ribu lebih komen. Video ini juga dibanjiri dengan komen masyarakat dari negara lain kerana ia tular sehingga ke luar negara dan mendapat sehingga 8 juta lebih tontonan.
@makey.24jey beginilah setiap tahun, bende boleh cepat buat apa nk lambatkan hahahaha.😂#foryou #viral2022 #fyp #fypシ #makanlokal #myfoodie #makanemoji
@makey.24jey beginilah setiap tahun, bende boleh cepat buat apa nk lambatkan hahahaha.😂#foryou #viral2022 #fyp #fypシ #makanlokal #myfoodie #makanemoji ♬ Cumbia Buena – Grupo La Cumbia
Meninjau ruangan komen netizen, pelbagai reaksi ditunjukkan terhadap video terbabit. Ada yang memberi pendapat bahawa ia adalah perkara yang sangat janggal dan tidak elok dan ada juga yang menyokong perbuatan berkenaan.
Misalnya, mengambil salah satu komen netizen bernama Faiz Nasir, dia berkata bahawa dia pernah melakukan cara sebegini tetapi hal yang tidak dapat dilupakan berlaku.
“Dulu pernah buat cara ini. Mertua punya marah sampai dia buang mesin basuh tu,” ceritanya untuk berkongsi pengalaman basuh perut guna mesin basuh.
Selain itu, ramai juga netizen yang memberi komen berbentuk seloroh dan lawak. Ia menganggap cara dan tindakan cuci perut lembu guna mesin basuh adalah suatu hal yang melucukan.
“Kenapa tak pergi bawa dobi dan terus drying yang paling panas,” seloroh Ahhhpoi dalam ruangan komen.
Dan ada netizen yang memberi info bahawa mesin basuh berkenaan memang sudah lama tidak digunakan untuk mencuci baju. Jadi bolehlah ia digunakan untuk mencuci perut lembu berkenaan.
Dalam situasi ini, ramai yang mengesyorkan untuk mencucinya menggunakan cara tradisional iaitu bersama cuka dan kapur untuk mencuci perut lembu atas faktor kebersihan. Min pun tak pernah tengok dengan mata kepala orang cuci perut lembu guna mesin basuh.
Korang pernah tengok tak? Cuba cerita sikit!
Sumber: makey.24jey
Baca juga: Sultan Kelantan Sertai Majlis Korban, Guna Lembu Baka Charolais Milik Baginda